TIRU MACAM SAYA! CHALLENGE

Comments: Comments Off
Published on: 02/07/2011

Hi semua!

Sebelum itu, kami di Singgah Shops Online ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami, juga tidak lupa kepada 179 user Facebook dan 15 followers Twitter Singgah Shops Online yang sentiasa menyokong kami diperingkat permulaan ini.

Atas sokongan yang ada setakat ini sebagai tanda penghargaan, kami di Singgah Shops Online ingin memberi hadiah beg tangan wanita percuma kepada semua serta bonus wang tunai RM50 diberikan kepada pemenang sekiranya pernah melanggan bersama kami.


Peraduan ini yang dinamakan Tiru Macam Saya! Challenge memberi peluang kepada semua yang berumur 15 tahun dan ke atas. Caranya mudah, cuma ambil gambar sendiri bersama beg tangan sedia ada anda, dan ikut gaya model yang ditunjukkan sebagaimana gambar di atas juga terdapat di Tiru Macam Saya! Challenge ini dan hantar penyertaan melalui emel ke singgahshops@gmail.com dengan tajuk Tiru Macam Saya! | Julai 2011.

Peraduan ini bermula pada 29 Jun 2011 dan setiap penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 8 Julai 2011.

Setakat hari ini kami masih belum terima sebarang penyertaan. Sekiranya ada satu sahaja penyertaan, dianggap beliau sebagai pemenang. Jika ada dua atau lebih akan dipertandingkan. Jadi, masih ada peluang untuk anda rebut hadiah sulung daripada kami di Singgah Shops Online.

Sebelum itu pastikan anda baca dan faham terma dan syarat peraduan ini sebaiknya. Semoga berjaya!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016