Tiga tahun singgahshops.com

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 07/05/2014

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang diberi sepanjang 3 tahun singgahshops.com beroperasi di alam maya ini. Sedikit sebanyak dapat kami lalui pengalaman dunia perniagaan di talian walaupun sedikit. Setidaknya-tidaknya ada sesuatu yang dapat dipelajari di situ.

Singgahshops.com bermula pada pertengahan bulan April 2011 dengan berbekalkan sedikit ilmu berkaitan internet dengan menggunakan medium percuma di blogspot.com.

Kemudian baru kami sedar bahawa untuk meyakinkan pelanggan bagi urusan jual beli di alam maya tidak semudah itu. Urusan pembelian di talian memerlukan singgahshops.com dapat memberi keyakinan yang tinggi kepada pelanggan untuk percaya kepada kami. Tapi bagaimana untuk buat pelanggan percaya dengan kita?

Langkah pertama singgahshops.com dengan menggunakan khidmat tapak laman web berbayar. Tanpa Niaga 24 jam, rasanya sehingga hari ini singgahshops.com tiada lagi.

Dengan modal yang kecil, Singgahshops.com memulakan perniagaan dengan menjual beg tangan wanita. Kemudian, handmade chocolate, aksesori wanita, clown, belon helium, belon arca dan yang terbaru Giant Bubble Putrajaya.

Baru-baru ini, singgahshops.com telah diberi peluang untuk menjadi agen bagi air Pop The Soda di kawasan Segamat. Insyaallah, Pop The Soda akan berada di kedai-kedai makan terpilih di Segamat dalam pertengahan bulan Mei ini. Jika ada yang berminat boleh hubungi singgahshops.com di sini.

pop the soda 02Pop The Soda | The 1st Indie & Tropical Fruit soda!

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami termasuk pelanggan-pelanggan setia singgahshops.com. Tanpa anda siapalah kami. Ingat! Perniagaan bukan sekadar jual dan beli.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016