Sumber Kuasa Inspirasi

Categories: Tips
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 18/04/2012

Percaya atau tidak, kita sebenarnya memang memerlukan sumber untuk memulakan perniagaan. Seringkali sumber yang kita selami hanya dalam bentuk wang ringgit mahupun berbentuk barangan. Sehinggakan kita terlupa sumber kekuatan utama kita adalah semangat untuk menjalankan perniagaan secara konsisten dan Istiqamah.

 

Semangat ini sering pasang surut bergantung situasi kita semasa melalui proses untuk menjalankan perniagaan. Hari ini kita meniaga contohnya menjual nasi lemak,sehingga habis dijual sebanyak 100 bungkus dalam masa yang singkat. Betapa seronoknya kita ketika itu kerana jualan laris. Pada saat itu, semangat kita berkobar-kobar untuk berniaga pada hari berikutnya.

 

Esoknya pula kita bawa lagi 100 bungkus nasi lemak untuk dijual, sayangnya pada hari tersebut hanya laris sebanyak 10 bungkus sahaja. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Lama-kelamaan, semangat kita yang berkobar-kobar tadi semakin merundum hari demi hari tanpa kita sedari. Modal pusingan semakin menipis. Leka memikirkan bagaimana untuk dapatkan kembali modal pusingan (wang ringgit) sampai kita terlupa modal atau sumber utama kita iaitu semangat!

 

Persoalannya, bagaimana caranya untuk kita tingkatkan kembali semangat kita yang semakin merundum itu??? Jom kita hayati video yang kawan nak kongsikan ini.

 

 

Bagaimana perasaan kita setelah menghayati video ini ya?

 

Sebagai peniaga baru, kita jangan mudah putus asa. Cari dan rebut lagi peluang yang ada di depan mata. Belajar dengan mereka yang lebih berpengalaman. Ikut jejak langkah mereka yang telah berjaya dan bagaimana mereka melalui proses-proses untuk mencapai kejayaan.

 

Jika berkesempatan, akan datang kawan kongsikan di manakah sebenarnya terletak Sumber Kuasa Inspirasi itu. Kita perlu mengenal pasti sumbernya terlebih dahulu sebelum meneruskan perniagaan untuk memastikan semangat itu sentiasa berkobar-kobar bagi mencapai kejayaan.  Semoga berjaya!!!



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016