Didaktik Insan 49 – Selamat Berpuasa

Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 21/07/2012

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KHUSUSNYA PELANGGAN SETIA KAMI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia Nya kita mampu lagi bernafas dan dapat bertemu Ramadhan 1433H ini.

Setelah beberapa lama saya tak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini, akhirnya Awal Ramadhan juga lah masa yang diberi untuk bertemu kalian di sini.

Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai Januari 2012 hingga minggu lepas kami berpeluang untuk berniaga dan memasarkan produk kami di Bazar Karat Segamat. Syukur, Alhamdulillah banyak pengajaran dan tauladan yang diperolehi.

Dari situ bertambah lagi rangkaian perniagaan Singgah Shops Online. Walaupun namanya online, buat seketika kami banyak menumpukan masa secara luar talian untuk menambah pengalaman. Sesekali ada update di Facebook Singgah Shops, dan jarang-jarang dapat update di www.singgahshops.com.

Itulah kelemahan diri saya yang masih lagi kurang disiplin terhadap masa. Dan ini jugalah yang perlu saya lalui sebagai peniaga separuh masa. Siang hari waktu bekerja, malam hari mencari rezeki dengan berniaga. Bukan mudah, dan juga bukan susah. Nak tak nak, kenalah usaha. Kalau bukan kita siapa lagi ya tak?

Kelmarin baru sahaja selesai Karnival Keusahawanan Serentak UiTM 1Malaysia di UiTM Segamat. Syukur, banyak juga sambutan yang diterima dan boleh dikatakan susut juga produk yang kami jual. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada rakan niaga kami khususnya Hijabiza Segamat yang sudi memberi peluang untuk kami berkongsi bersama dengan perniagaan beliau.

Kini dah masuk awal Ramadhan, rata-rata peniaga di Bazar Karat Segamat akan berniaga di Bazar Aidilfitri yang ditempatkan di Dataran Segamat. Kami di SSO juga akan turut serta berniaga di sana. Untuk pelanggan setia kami, boleh dapatkan produk kami atau membuat tempahan secara terus di sana nanti.

Di kesempatan ini juga kami ingin memohon ampun dan maaf andaikata tersilap bahasa, terlebih lakunya.. halalkan makan minum kami ya! Kami juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam khususnya pelanggan setia kami. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik untuk kita, keluarga dan masyarakat.

Insya-Allah.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016