SALAM PERKENALAN

Comments: Comments Off
Published on: 15/06/2011

Salam perkenalan kepada semua pengunjung Singgah Shops Online, bertemu kita sekali lagi hari ini untuk menerangkan serba sedikit produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh kami.

Terima kasih atas kesudian mengunjungi blog dan kedai online kami.

Sebagai permulaan, ingin saya berkongsi produk dan perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan mahupun kepada peniaga-peniaga yang tidak punyai masa atau wang untuk bangunkan kedai online.

Untuk makluman, produk utama kami di Singgah Shops Online adalah Koleksi Beg Tangan dan Pakaian Wanita. Buat masa ini, kami akan kemaskini katalog beg tangan wanita terlebih dahulu.

Selain daripada itu, kami juga ada menyediakan perkhidmatan mengiklankan lain-lain produk dan perkhidmatan untuk peniaga-peniaga offline mahupun online yang ingin memasarkan produk mereka di sini. Kami, hanya menyediakan platform untuk peniaga-peniaga lain bagi membantu mereka memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Membantu mempromosi perniagaan rakan-rakan niaga yang sama-sama ingin berjaya dalam bidang perniagaan.

Tetapi kami di sini tidak menjanjikan pulangan yang lumayan kerana semuanya berdasarkan kesungguhan dan rezeki daripada Tuhan.

Insyaallah, jika berkesempatan kami akan berkongsi secara terperinci untuk memudahkan pelanggan mahupun peniaga lain untuk mengetahui lebih lanjut setiap perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan.

Jumpa lagi! Chao~
Acik | www.singgahshops.com

p/s: jika ada mereka yang berminat untuk mendapatkan beg wanita secara borong sila emel kepada kami di singgahshops@gmail.com (Insyaallah, kami akan bagi harga serendah mungkin utk membantu kalian belajar memulakan perniagaan.)

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016