Salam Maulidurrasul 1434H

Categories: Segamat
Tags: No Tags
Comments: Comments Off
Published on: 24/01/2013

Alhamdulillah, hari ini 12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013 seluruh negara menyambut dan meraikan Sambutan Maulidurrasul tak kira walaupun di mana juga berada. Juga tidak ketinggalan di Segamat kali ini menjadi tuan rumah untuk Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Johor 1434H/2013M.

 

Seawal 6.30 pagi kontinjen yang terlibat telah berkumpul di Dataran Segamat untuk bersama-sama berarak menuju ke Masjid Bandar Segamat. Mulai jam 7.30 pagi perarakan bermula dengan diketuai oleh DYMM Sultan Johor. Ceria muka DYMM Sultan Johor nampak 'maintain' berjalan mengetuai perarakan sepanjang hampir 2.5 km.

maulud03

Setelah selesai perarakan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya Tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Kadi Daerah Segamat. Ramai juga yang tertanya-tanya siapa dan di mana penceramahnya sebab tak nampak orang yang menyampaikan tazkirah kerana kali ini ia disampaikan dari dalam masjid.

maulud02

Syukur ramai juga orang tempatan yang hadir siang tadi, apa-apa pun tahniah untuk warga Segamat. Jauh juga berjalan kaki arini kan? Sesekali ngabornya. :)

Maulud01

Sedikit perkongsian untuk direnungi bersama, termasuk tanda mengingati Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah dengan memperbanyakkan selawat ke atas beliau di hari Juma’at. Sabda Nabi:

“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Juma’at kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Juma’at. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” [Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no. 5995. Dinilai hasan oleh al-Albani]

Adapun mengkhususkan agar memperbanyakkan selawat bersempena dengan tarikh lahir atau pun tarikh kewafatan Rasulullah, maka itu tiada tuntunan hadisnya yg sahih. W/A. | Abu Numair Nawawi Subandi

zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016