Puisi Sangka Sangka

Categories: Puisi
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 13/01/2014

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya…

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya

salah sangka01

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” | Surah Al-Hujuraat, 49:12

Salam Maulidurrasul 1435H.

p/s : puisi ini perkongsian drpd salah seorang sahabat di WhatsApp.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016