Petua Untuk Tua

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: Comments Off
Published on: 28/12/2012

Didaktik Insan 52

Apabila semakin berusia, kesihatan mahupun kekuatan kita semakin menurun. Ye ker? Saya tak sempat nak mengkaji secara ilmiah, pembacaan saya berdasarkan pergaulan, persekitaran dan perkongsian pengalaman yang dilalui oleh orang lain.

Ankel Chong

Beberapa hari yang lalu, dalam perjalanan balik dari tempat kerja saya terserempak dengan seorang ankel Chong (bukan nama sebenar) yang ingin menumpang sebuah bas ekspress untuk pulang ke rumah.  Muka nya saya cam, sebab dahulu pernah saya tumpangkan beliau sekali. Masa tu, dah lewat malam.. kesian tengok dia menahan kereta takde yang berhenti.

Dengan izin Allah swt, kali ini kami bertemu lagi dan saya pon memberhentikan kereta di tepi lalu mempelawa ankel Chong untuk tumpang. Disebabkan kali pertama dahulu dah tau dia nak balik mana tu yang ajak sama. (Dinasihatkan jangan menumpangkan orang yang tidak dikenali untuk elakkan kejadian yang tidak diingini lebih-lebih lagi di waktu lewat malam).

Sambil menuju pulang, sempatlah kami bersembang.

Beliau sebenarnya baru balik daripada Kluang itupun tumpang kenderaan daripada Kluang ke Segamat. Menurut Ankel Chong, beliau menghidap penyakit buasir sejak tahun 1980 dan pada masa itu beliau masih berumur dalam 30an. Ankel Chong belum berkahwin, mempunyai 5 orang adik beradik. Beliau tinggal berseorangan di rumah peninggalan ibunya yang telah meninggal dunia kerana adik beradiknya masing-masing dah berkeluarga.

Setelah mendapatkan beberapa rawatan di hospital, doktor yang memberi rawatan mengatakan sakit beliau ni susah nak baik, waima jika dilakukan pembedahan pon belum tentu boleh pulih. Lagipun untuk pembedahan menelan kos perbelanjaan yang agak tinggi.

Atas dasar itu, beliau ambil keputusan mencari rawatan untuk mengurut bagi mengurangkan kesakitan yang dialami oleh Ankel Chong. Yang peliknya dalam banyak-banyak pusat urut kat Segamat, Ankel Chong pergi ke Kluang. Seminggu 2 kali dengan menaiki keretapi jam 2.00 petang dan pulang pada hari yang sama menaiki keretapi jam 9.00 malam. (waktu keretapi sy tak pasti betul ke tidak, sbb ankel ni cerita berdasarkan anggaran dia jek)

Begitulah rutin kehidupan Ankel Chong ni dari tahun 1980 sampai lah sekarang. Patutlah dia dok menunggu kat tepi jalan nak tumpang orang utk balik ke rumah jam 1-2 pagi dlu.

Sesekali saya berseloroh mengusik Ankel Chong, kenapa tak pergi mengurut di Segamat jek. Ini jawapannya,

“Itu ulut mukan untuk sihat ma, itu ulut mau uwang maa..saya mana ada uwang..” gelak saya dengar jawapan Ankel Chong.

Banyak cerita yang dikongsikan kepada saya, lebih-lebih lagi tentang kesihatan ni. Dia nasihat agar kesihatan dapat dijaga sebaiknya. Sebok mana pon kita, susah mana pon kita semasa sihat lah kita boleh mencari rezeki. Selagi kaki masih mampu berjalan, tangan masih boleh bergerak kita masih mampu untuk menjaga kesihatan kita sendiri.

Itulah yang beliau lakukan sekarang ini. Adik beradik pon tak pernah nak jenguk dia, waima Sambut Tahun Baru pon jiran sebelah jek yang sudi hulurkan makanan. Dahlah tak sihat, adik beradik takde jenguk pula tu. Sedih juga mendengar cerita Ankel Chong ni. Mungkin inilah pengajaran untuk saya agar dalam mengejar kejayaan, tidak lupa dengan kesihatan sendiri mahupun keluarga.

Korang pon jagalah juga kesihatan ya! :)

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016