Pergi tak kembali

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 01/01/2014

 

Bismillahirrahmanirrahim,

“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang menyeru kepada kebenaran dan mereka yang menyeru dengan kesabaran.”| Surah Al–Asr 1-3.

Hari ini, tanggal 1 Januari 2014 mungkin hari yang sesuai untuk kita hitung dan renung kembali, apakah kita dikalangan mereka yang berada di dalam kerugian sepanjang tahun 2013? Apakah pencapaian yang terbaik buat diri kita? Bertambahkah ilmu kita? Bertambahkah pendapatan kita?

Banyak lagi persoalan-persoalan yang seharusnya kita tanyakan pada diri kita jika kita ingin menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Jika tidak, tak perlu nak tanya apa-apa, Buat jeklah apa yang kita telah buat sebelum ni. Tak perlu untuk lakukan apa-apa untuk membangunkan diri sendiri.

jam-tangan-seiko

Bagi saya, 2013 banyak mengajar saya kenal erti kehidupan dan dunia perniagaan. Walaupun ia dilakukan separuh masa, namun ia tetap memberi banyak pengajaran kepada diri ini. Bukan mudah untuk merubah diri sendiri untuk lebih menghargai masa, inikan pula untuk merubah kehidupan orang lain.

Perniagaan merupakan salah satu platform untuk kita melatih sikap kita agar lebih baik. Kegagalan dalam perniagaan merupakan kegagalan kita melatih sikap kita yang sebenar.

“Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga.” | Tanpa Nama

Ternyata, langkah ini baru sahaja bermula. Untuk mengenal erti niaga yang sebenar kita perlu lalui kegagalan demi kegagalan setiap masa. Masa itu pergi dan tidak akan kembali lagi.

Semoga 2014 ini mampu untuk kita mengharungi cabaran dan dugaan. Mudah-mudahan matlamat yang ditanam dalam jiwa dicapai menjelang 31 Disember 2014. Jika tidak, ternyata diri kita masih gagal!



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016