Oh Emak!

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 29/08/2013

Minggu lepas kawan ke Johor Bahru memandangkan ada tugasan di sana. Dalam perjalanan seperti biasa kawan akan singgah bersarapan di sebuah restoran mamak di Pekan Yong Peng. Kari kambing terbaik!

Nak dijadikan cerita selepas sarapan kawan meneruskan perjalanan terus masuk ke highway selatan Yong Peng. Selepas tol Yong Peng tak sampai 1km baru nak tekan minyak nampak seorang pakcik sedang berdiri keletihan di tepi highway. Kawan tengok cermin belakang, tiada kereta di belakang lalu kawan berhenti.

Laju pakcik tu berlari hampir ke kereta kawan, lalu kawan turunkan cermin kereta bertanya.

Aku : “Pakcik nak ke mana ni?”

Pakcik : “Nak ke Kulai nak…”

Aku : “Bistu tunggu siapa kt sini?”

Pakcik : “Tunggu siapa-siapa yang sudi tumpangkan..”

Aku : “Naiklah pakcik, kebetulan saya nak ke JB..”

Pakcik : “Terima kasih banyak-banyak..”

Lalu pakcik ni pon naiklah kereta kawan. Sunyilah seketika dalam kereta ni tanpa perbualan kami berdua. Lantas kawan bertanya.

Aku : “Pakcik dari mana?”

Pakcik : “dari Sg. Karas nak…”

Aku : “Labis?? Dahtu pakcik ke Yong Peng ni naik apa?”

Pakcik : “Iya, tadi pun tumpang orang dia nak Ayer Hitam. Tu yang pakcik minta turunkan di Yong Peng.”

Aku : “Nak ke Kulai ada apa ya?”

Pakcik : “Nak tengok mak pakcik, pagi tadi tak sempat habis noreh, anak jiran datang kata ada hal mustahak. Ingatkan isteri pakcik jatuh. Rupanya kakak di Kulai telefon bgtau yang mak pakcik dah nazak. Aritu raya ada balik dapat juga suapkan mak makan. Pakcik dah lama tak noreh, ni baru 1-2 hari noreh. Getah pon belum sempat jual. Kalau ada duit pakcik dah naik bas dah nak. Tak yah susah-susahkan orang macamni.

Aku : “Oh ok (sayu hati).

Pakcik : “Yalah, zaman sekarang ni macam-macam ada, yg merompak lain. Pakcik dah hampir kecewa gak tadi takde kereta yang nak berhenti, tp pakcik gagahkan juga. Buatnya tak dapat tengok mak kali terakhir nanti, menyesal pakcik.

Aku : “Dah sampai Kulai nanti nak ke rumah mak tu naik apa?”

Pakcik : “Tengoklah nanti kalau ada yg nak bagi tumpang, kalau takde pakcik jalan.”

Aku : “Oh ok..” (Kelu lidah nak bertanya lagi)

Sepanjang perjalanan ke tol Kulai tu banyak juga bersembang dengan pakcik ni, cuma kawan dah lupa butirannya. Kuatnya semangat pakcik ni untuk sampai ke destinasi sedangkan duit pon takde untuk naik pengangkutan awam. Kenderaan sendiri lagi lah kan. Semangat pakcik ini wajar dicontohi.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016