Masa – Terlalu Cepat Berlalu

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: Comments Off
Published on: 25/09/2012

DIDAKTIK INSAN 50

Diam tak diam dah habis raya baru sempat nak update blog. Maaflah, atas kelewatan saya sendiri utk mengupdate blog ini. Terlalu mengejar masa sampai tak terkejar. Ini pon baru pulang dari mengecat kedai, teringin sangat utk kemaskini blog. Tu yang balik awal sikit.


Gerai Singgah Shops Online di Bazar Karat Segamat

Alhamdulillah, awal puasa lepas dikurniakan cahaya mata yang keempat yang diberikan nama Muhammad Zarif. Seminggu lepas tu terus bersiap sedia berniaga di Bazar Aidilfitri Segamat. Inilah kali pertama berkesempatan utk bersama-sama berniaga sepenuhnya di Bazar Aidilfitri. Itupun sewa suku khemah. Mula nak belajar orang kata.

Berbekalkan nasihat sahabat, sepanjang bulan puasa perniagaan berjalan dengan lancar. Nak menguruskan masa punyalah satu hal. Alhamdulillah, ada anak saudara rajin menolong di samping adik kawan yang bongsu. Seronok juga rupanya. Patutlah apabila masuk jek bulan puasa, maka ramailah peniaga-peniaga berusaha untuk menyewa di Bazar Aidilfitri.

Sepanjang Aidilfitri, macam orang lain juga. Beraya rumah sanak saudara, tapi tak sebanyak sebelum ini sebab orang rumah masih dalam pantang. Seminggu lepas raya, si kecil tu masuk wad pula. Batuk sampai sesak nafas waktu tidur. Seminggu kena tahan kat wad. Alhamdulillah, syukur seminggu selepas itu dah boleh keluar wad.

Bulan puasa Bazar Karat Segamat tutup, maka lepas raya nak buka balik punya perlahan. Macam baru nak bermula. Kunjungan orang pon masih belum macam dulu meriahnya. Berkemungkinan orang belum bergaji agaknya. Walaupun begitu semangat sebahagian peniaga yang ada untuk mulakan perniagaan agak memberangsangkan juga.

Oklah, ingt nak update kedai online. Ada beberapa produk keluaran baru khususnya t-shirt dan topi KFBS. Insyaallah, berkesempatan saya update utk pelanggan online ya. Maaf atas kekurangan.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016