Kembali Ke Sekolah

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: Comments Off
Published on: 26/12/2012

DIDAKTIK INSAN 51 – Teringat kenangan lalu, zaman persekolahan tak sabar rasanya untuk pakai baju baru, seluar baru, kasut baru, abis semua baru. Tak sabar nak tunjuk kat kawan-kawan di sekolah masing-masing punya bahagian yang terbaru.

Ha, itu dulu..masa kita sekolah zaman mencari arah. Tak peduli pon ibu dan ayah kita ketika pening bersusah payah. Membanting tulang mencari nafkah dan membesarkan kita yang ketika itu masih bersekolah.

 

Pergi sekolah banyak main daripada belajar. Penyudahnya keputusan tersasar.

Kalaulah kita bisa kembali ke zaman itu rasanya macam nak betulkan kembali kesilapan kita kan. Itu “kalau” lah… Dengar perkataan “kalau” ni memang tak best. Sebab apa? sebab perkara yang dah berlalu baru kita nak buat keputusan atau tindakan yang betul.  Betul tak?

Cukuplah perkara yang dah terjadi itu kita jadikan iktibar buat diri kita dan orang sekeliling kita. Lebih-lebih lagi anak kita. Sekarang ini masa untuk mereka pula, dan kini masa kita untuk membanting tulang memberi pendidikan yang sewajarnya sempurna untuk mereka.

basikal tuaGambar Hiasan

Dulu lain, segala kemudahan kurang. Dalam keluarga aku sendiri kenderaan pun takde. Yang ada pada masa tu cuma basikal ayah aku tu lah. Itu ler kenderaan yang paling maju pada masa tu. Pagi-pagi ayah aku dah mengayuh basikal untuk hantar aku ke sekolah masa mula-mula masuk darjah 1, pastu balik kadangkala jalan kaki. Sekarang pon Za'im anak sulong ku ni jalan kaki juga, sebab sekolah berhampiran dengan rumah. hehehhe

Ok, cukuplah kita imbau dulu dan sekarang.

Percaya atau tidak, masuk jek hujung bulan Disember pasti ada ibu/bapa tiba-tiba pening.  Pening untuk perbelanjaan anak-anak yang akan naik sekolah. Macam-macam benda nak kena keluar duit. Ya kan? Duit buku, tuisyen dan macam-macam lagi. Dulu yuran sekolah, sekarang yuran sekolah dah dimansuhkan. Cuma Yuran PIBG jangan tak bayar pula ya!  Aku pon tak terlepas untuk merasai pengalaman sebegini sebelum ini.

Persoalannya sekarang, sampai bila harus untuk kita pening sebegini?
Takkan tiap-tiap tahun masuk jek penghujung Disember kita nak rasa pening yang sama?
Yang belum mempunyai anak bersekolah tu baik fikirkan daripada sekarang bagaimana untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Jumpa lagi dan jangan pening-pening tau!

Acik,
www.singgahshops.com

zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016