Giant Bubble PERCUMA!

Giant Bubble Putrajaya

Giant Bubble Putrajaya di Bazar Karat Segamat telah mula diperkenalkan di daerah Segamat pada penghujung bulan Disember 2013. Ketika itu berlangsungnya Karnival Fiesta Belon Gergasi di Dataran Segamat.

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan kami meneruskan operasi Giant Bubble Putrajaya di Bazar Karat Segamat pada setiap hari Jumaat-Ahad mulai jam 5.30 petang sehingga jam 12 malam.

Mulai hari ini, 28 Mac 2013 Giant Bubble Putrajaya di Bazar Karat Segamat boleh dimainkan secara percuma oleh 3 golongan berikut :-

1. Penghuni rumah anak-anak yatim
2. Kanak-kanak istimewa
3. Fakir miskin & OKU ( Pemegang kad JKM)

Insan istimewa ini dibenarkan bermain sehari sekali bagi stick size S dengan isapadu air sebanyak 100ml. Marilah berkunjung ke Bazar Karat Segamat bersama keluarga tersayang.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Friday, 09/12/2016