Elakkan Daripada Mengkritik, Mencerca Atau Mengeluh

Categories: Tips
Comments: Comments Off
Published on: 08/02/2013

Pasti ada yang tak bersetuju dengan kenyataan di atas kan? Yalah, sebahagian daripada kita menganggap tanpa kritikan bagaimana kita nak membangunkan diri kita. Boleh, tiada siapa pon yang nak menghalang untuk kalian mengkritik, mencerca atau mengeluh. Cuma dinasihatkan jek, jika boleh elakkan lah.

kritik

Kawan masih lagi cuba mengamalkan prinsip ini, namun belum konsisten. Kadang-kadang situasi yang dihadapi ketika itu membuatkan lidah atau jari ini gatal jek rasa nak buat semua tu, walhal itulah prinsip pertama untuk berurusan sesama manusia dari sehari ke sehari.

Bagi kawan, mengkritik ini boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada pengkritik mahupun orang yang dikritik. Jarang mereka yang dikritik dapat menerima kritikan orang lain. Orang yang dikritik pasti akan mempertahankan diri. Secara tak langsung ia mendatangkan perasaan yang kurang senang di antara mereka. Dalam tidak sedar kita telah membangkitkan perasaan benci orang lain terhadap diri kita dan kesannya pasti akan terpalit sampai bila-bila.

Setiap orang tidak lepas daripada mengkritik, mencerca dan merungut. Hampir semua orang termasuk kawan melakukannya. Namun, ia memerlukan ketabahan diri dan keperibadian yang tinggi bagi memahami dan memaafkan orang lain.

Kritikan itu umpama burung merp

ati penghantar surat. Ia selalu kembali kepada kita. Orang yang kita tegur dan caci mungkin akan mempertahankan dirinya dan membalas apa yang kita lakukan. Jika tidak pada hari ini, berkemungkinan akan datang.

Cuba kita bayangkan di zaman persekolahan kita waktu dahulu, bagaimana agaknya bapa kita menegur kita jika apa yang kita lakukan itu tidak betul. Kita pasti akan mengatakan apa yang kita buat itu betul. Iya, kita akan mempertahankan diri kita apabila ditegur. Dalam masa yang sama menimbulkan perasaan geram kita kepada bapa kita, betul tak?

Mesti ada rasa ketidakpuashatian di situ.  Sekira ianya melibatkan perkara yang kecil mungkin takdelah sampai merajuk. Namun, jika ia melibatkan perkara yang besar pasti akan berlaku sesuatu yang tidak diinginkan seperti lari dari rumah lah, tak balik rumah atau bermasam muka dengan bapa kita. Contoh jek tu…

Disebalik keinginan nak mengkritik tu, cuba kita fahami mereka. Mengapa mereka lakukan perkara itu. Ia lebih bermanfaat dan menarik daripada kritikan. Secara tak langsung melahirkan rasa toleransi, simpati dan ketelusan hati.

Agak-agak, jika kita nak mengurat awek dengan cara mengkritik, mencerca & mengeluh boleh dapat tak? Sama juga ceritanya hubungan kita sesama insan yang lain. Lebih-lebih dalam perniagaan, pelanggan kita semua tu manusia macam kita juga, ada hati dan perasaan. Tidakkah dengan mengkritik akan membunuh secara senyap sebahagian pelanggan kita? Jadi, berhati-hatilah dengan percakapan, gerak geri dan tingkahlaku kita ye! :)

Semoga dapat dimanfaatkan bersama. Insyaallah.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016