Didaktik Insan | Yang tersirat

Jika diimbas kembali tiga tahun yang lalu, pada awal tahun 2011 merupakan antara kenangan pahit yang tak dapat dilupakan sehingga kini apabila rumah kediaman aku dibesarkan terlibat dengan kebakaran.

Walaupun aku tidak tinggal di situ, namun sentimental value rumah itu amat bermakna buat diri dan keluarga. Terlalu banyak kenangan terindah di sana.

teratak bondaSemangat pada diri pon luntur sehinggakan hanya mampu berserah pada yang Esa. Ketika itu, satu sen pon tiada wang simpanan untuk membantu kedua ibu dan bapa aku.

Penghujung April 2011, berbekalkan modal RM200 aku cuba menaikkan kembali semangat aku untuk meneruskan perniagaan yang sebelum ini tergendala.

Sebelum ini, aku bergiat aktif dalam perniagaan Multi Level Marketing pendidikan atau lebih dikenali dengan nama Score A. Nak bangkitkan kembali kumpulan yang aku pernah bina sebelum ini, aku rasa mustahil kerana keyakinan yg ada pada diri aku sendiri masa itu berada di tahap yang paling bawah sekali.

Apa lagi kemahiran yang aku ada untuk aku mulakan kembali perniagaan yang sebelum ini tergendala?

Perniagaan internet? Itulah perkara pertama yang aku fikirkan yang aku rasa pada masa itu aku memang rajin melayari internet. Aku buat blog di blogspot.com. Aku cuba untuk bangunkan kedai internet pertama aku. Bermodalkan RM200 aku beli handbag untuk dijual di internet

Namun begitu, urusan jual beli diinternet memerlukan kepercayaan yang tingg daripada pelanggan. Aku cuba berusaha untuk membina laman web sendiri maka lahirlah singgahshops.com.

Aku menyangkakan ia sudah memadai untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada perniagaan. Sebenarnya masih banyak lagi penambahbaikan yang aku perlu lakukan. Perniagaan di internet agak perlahan. Aku tercari-cari jawapan kenapa urusan perniagaan di internet agak perlahan.

Dalam masa yang sama, aku tambah produk singgahshops.com dengan menjual coklat buatan tangan (handmade chocolate). Beruntungnya aku pada masa itu kerana ada kawan yang sudi mengajar untuk buat handmade chocolate.

Sehingga awal tahun 2012, perniagaan internet ini masih berjalan. Tapi, aku masih lagi tidak berpuas hati dengan hasil yang aku dapat. Kenapa orang lain boleh kaya dengan perniagaan internet, kenapa bukan aku?

Aku tinggalkan seketika perniagaan internet dan aku mula berniaga secara offline di Bazar Karat Segamat. Setiap jumaat, sabtu dan ahad gigih berniaga di BKS. Kadangkala tak cukup dengan BKS, awal petang Ahad aku berniaga di pasar malam Bandar Tun Razak, Pahang. Balik dari pasar malam, sambung berniaga di BKS pula.

Hasrat aku pada masa itu, nak baikpulih kedai yang sedia ada di Jementah. Setiap petang pulang dari kerja aku akan berhenti seketika di hadapan kedai. Aku gambarkan pada suatu hari nanti kedai ini pasti akan buka. Tapi bila?

IMG_7259Di sinilah tempat ku termenung setiap petang pulang dari kerja

Bulan demi bulan aku berusaha untuk mencari modal untuk membaiki kedai ini. Setiap minggu kadangkala sebulan sekali aku luangkan masa di waktu malam untuk baikpulih bangunan ini mengikut kemampuan aku. Jika banyak duit dah boleh upah orang. Nak tunggu ada duit bila pula agaknya? Lebih baik buat sendiri sikit demi sedikit.

IMG_4130Menampal lubang-lubang yang terdapat di dinding kedai.

Rupa-rupanya kemahiran aku bukan kerja-kerja binaan seperti ini. Mahu tak mahu, aku kena upah juga orang untuk mengecat, menyimen dinding dan pendawaian elektrik. Aku tak mampu untuk lakukan sendiri. Pada ketika itu, aku mencari kawan-kawan yang mahir dalam bidang tersebut.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan daripada semua yang rapat dengan aku akhirnya hasrat aku tercapai pada 16 September 2013. Secara rasminyanya kedai ini dibuka sehingga ke hari ini.

IMG_6727Kerja-kerja pendawaian elektrik yang telah dilakukan oleh kawan aku, Salleh.

Bekalan elektrik dah disambung. Manakala bekalan air tak dapat nak sambung disebabkan masih ada lagi tunggakan. Maka terpaksalah mengangkut air dari rumah setiap hari.

Setelah setahun tanpa bekalan air, hari ini menjadi satu sejarah kecil bagi kedai singgahshops.com kerana berjaya melunaskan tunggakan bil air dan dapat membaikpulih sistem perpaipan dalam kedai.

kerja kerja memasang paipTukang paip leka memasang paip di kedai.

Aku bercerita bukan bertujuan untuk membangga diri, namun aku ingin berkongsi kepada mereka yang sama-sama berniaga macam aku. Jika jatuh, bangkitlah, usahalah bersungguh-sungguh. Tolak tepi halangan dan cabaran yang dilalui. Tetapkanlah matlamat jangkamasa pendek, matlamat jangkamasa sederhana dan matlamat jangkamasa panjang.

Kedai Serbaneka singgahshops.comFokus untuk selesaikan dahulu matlamat jangkamasa pendek. Barulah matlamat dalam masa panjang akan tercapai. Walaupun aku masih belum berjaya. Aku ingin lihat kawan-kawan aku yang lain turut sama berjaya.

Jangan putus asa! Selamat berniaga!



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016