Didaktik Insan 48

Categories: Didaktik Insan
Tags: No Tags
Comments: Comments Off
Published on: 07/03/2012

Mesti tertanya tanya kan? Dimanakah gerangan Didaktik Insan 47?
Sebenarnya Didaktik  Insan 47 ada..cuma sekadar iklan website Singgah Shops Online sahaja. Tak percaya? Nah, nak tgok sangat sila layari Blog di Forum Tokei Kedai Online.

Oklah, takmo cerita pasal Didaktik Insan 47, sebab kali ini punya cerita tak berkaitan. Cuma nak luahkan sedikit rasa atas kegagalan yang aku sendiri ciptakan. Erk! Gagal lagi?? Hah tu lah, maunya tak gagal. Punyalah eksen nak buat kedai online, pastu nak ber'blog' juga. Penyudahnya takde masa nak 'handle' semua perkara. Lama-lama 7-8 bulan berlalu begitu sahaja.

Bukanlah takde cerita nak dikongsikan bersama. Cerita tu ada, tapi yang sebenarnya masa banyak habis ke lain. Aku ni boleh dikatakan masih gagal lagi dalam pengurusan masa. Untuk berjaya, disiplin yang paling penting sekali adalah masa. Kadang-kadang apabila semua penting, dah tak tahu nak dahulukan yang mana satu. Boleh jadi poning namanya tu.

Namun, dalam diam-diam akhirnya mak ayah aku dapat kembali semula tinggal di rumah yang diidamkan. Setahun lebih duduk menumpang di Balai Islam. Sebagai anak, mahunya tak sedih apabila lihat mereka mampu mendidik dan menjaga 9 orang anak, namun aku yang sorang ni masih tak mampu nak membantu mereka.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Majlis Agama Islam Johor kerana telah membantu menampung kos untuk membina rumah baru setelah terlibat dengan kebakaran awal tahun lalu. Lain-lain kos seperti tembok dan tambak tanah ditanggung bersama oleh adik beradi aku. Kosnya tinggi juga untuk tambak dan tembok tu, dah boleh buat sebiji rumah baru.

Dah itu aja tanah pusaka yang tinggal daripada arwah Atok Wak untuk mak aku. Dah ditakdirkan memiliki tanah yang rendah, setiap kali banjir jek Segamat pasti umah mak aku kena dahulu.  Itulah tanah tumpah tempat kami adik beradik dibesarkan.  Itu pun dah kira bersyukurlah masih ada lagi tempat untuk berteduh daripada takde macam mereka-mereka yang tidur bawah jambatan dan kaki lima tu.

Yang aku ni pula bila nak ada rumah sendiri? Hah! tulah kena kerja kuat sekarang ni. Berniaga! Berniaga! Berniaga! Itulah ajeklah jalan yang aku nampak boleh jadi kaya!!! Mudah-mudahan perniagaan yang dijalankan ini dijalan yang diredhai oleh Nya. Biarlah berkat usaha sendiri. Insyaallah.

Jangan lupa dapatkan coklat kami serendah RM1 di Bazar Karat Segamat ya!!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016