Didaktik 9

Comments: Comments Off
Published on: 07/05/2010

Wah, semalam avam dome tegor sampai aku terlupa nak tulis dah. Perasan macam dah tulis semalam. Tapi rupa-rupanya tak tulis apa-apa lagi. Yang sebenarnya bukan salah avam dome pon. Salah aku sendiri, badan tak berapa nak sehat semalam. Ingatkan nak tulis waktu malam, baru ada feel sikit. Penyudahnya balik rumah semalam terus blackout (tidur). Aku sedar-sedar jek dah pagi. Haha…

5 Mei 2010

Kebiasaan kan, setiap insan jika disalahkan akan menyalahkan orang lain. Macam lagu Bangau Oh Bangau tu. Korang tak percaya? Boleh lihat di sekeliling kita, kalo bukan kita sendiri, kawan-kawan sekerja, serumah, orang kampung, orang bandar senangkata kebanyakan orang lah.

Bila ada sesuatu terjadi yang membawa kepada perkara yang tidak baik, semuanya tak mahu mengaku. Yang membawa kepada perkara yang baik, ramai yang mengaku kawan, saudara dia lah, takpun yang mengaku diri dia yang buat. Susah nak dengar orang mengaku dia yang buat salah. Susah sangat ke nak akui kesilapan diri sendiri?

Bagi aku terlalu mudah untuk mengakui silap daripada kita dok menuding jari kat orang lain, baik akui kesilapan yang kita lakukan dan lagi cepat kita dapat belajar lebih-lebih lagi untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Apa yang aku dapat belajar pada hari ini (5 Mei 2010) adalah setiap orang susah untuk mengakui kesilapan yang berlaku pada diri masing-masing. Persoalannya kenapa??

Aku bertanya pada salah seorang rakan niaga aku, minggu ini ada rakan niaga baru tak? Dia jawap tiada. Prospek pon tiada. Aku pelik macamana boleh takde langsung. Sedangkan masa aku lalui mula-mula awal Januari aritu boleh dikatakan setiap minggu ada jek kemasukan.

Sekarang aku nak tengok pula prestasi kumpulan. Rupa-rupanya dia kurang usaha. Yelah, kata dia orang-orang di tempat dia tu takde yang terbuka hati untuk bersama. Eh iya ker? Bagi saya tidak. Yang sebenarnya, dia kurang berusaha. Bukannye beliau tak berusaha, tapi kurang berusaha. Dia nak salahkan orang yang dia dah jumpa taknak turut serta.

Sebenarnya bukan salah orang itu, bagi saya salah diri dia sendiri. Atas alasan apa saya cakap begitu? Sebabnya dia masih tak cukup ilmu untuk menerangkan perkara yang sebenarnya. Yang dia cerita mungkin A-C sahaja.. tak sampai Z pun. Macamana orang nak yakin dengan apa yang kita sampaikan. Sedangkan kita sendiri tak bersungguh untuk menyampaikan apa yang patut kita sampaikan.

Kenapa tak ajak saya? Kenapa tak gunakan saya? Sedangkan sudah berkali-kali saya utarakan, perniagaan Network Marketing ini adalah kerja berkumpulan, Work Smart. Kenapa nak pergi berperang sorang-sorang? Sebab itulah tak berjaya.

Banyak pengajaran yang aku dapat sebelum aku tercebur dalam dunia Network Marketing atau Multi Level Marketing ni. Nama pun rangkaian pemasaran ataupun pemasaran bertingkat. Bukannya berniaga sorang-sorang. Antaranya yang banyak aku lihat, kenapa mereka yang tercebur dalam bidang perniagaan ini tak berjaya?

Banyak alasan-alasan yang aku dapat antaranya tertipu dengan syarikat, upline tak bantu, penat dan macam-macam lagi alasan yg dapat aku dengar dengan telinga aku sendiri. Permulaannya aku pun risau juga nak menceburkan diri dalam bidang ini. Yalah, banyak orang di sekeliling kita yang gagal.

Puncanya aku tercebur dalam bidang ni kerana pendidikan. Banyak kali aku cerita kat orang punca aku tercebur. Keduanya aku dipaksa pada mulanya dan niat aku cuma nak bantu kawan aku yg memperkenalkan aku sebelum ini. Rupa-rupanya, bila dipaksa, aku terpaksa pula dapat income. Wah, cukup mudah. Minggu pertama jek aku boleh dapat hampir RM600. Baru 2 orang ajek yang turut serta.

Dan daripada situlah aku mula mencari dan mencari, apa yang hebatnya Score A Programme ni. Dalam tak sedar rupa-rupanya banyak ilmu yang aku dapat. Secara tak sengaja aku terjoin MLM. Kelakar sungguh bila diingat kembali masa mula-mula kawan aku tu tanya “Ko suke bisnes MLM tak?”. Bersungguh-sungguh aku cakap aku tak suka MLM, menganiaya orang. Menipu orang.

Sampai orang dok asyik kata yang negatif jek kt MLM ni. Meniaga Larut Malam lah, Mesyuarat Larut Malam dan macam-macam istilah lain lagi yang aku pun dah lupa dah. Tapi apa yang aku dapat di Score A ni merupakan Meniaga Lain Macam. Haha..

Berbalik kepada cerita yang tadi, sebenarnya punca kegagalan setiap orang itulah adalah sikap diri sendiri. Bukan berpunca daripada orang lain pun. Kenapa tak menilai dahulu baru buat keputusan? Yang menilai ni pon ada masalahnya juga. Nak menilai pergilah tanya kepada mereka yang tahu, jangan bertanya kepada mereka yang tak tahu. Timbulkan banyak soalan kepada mereka yang memperkenalkan. Timbulkan keraguan kepada mereka sampai mereka takde jawapan atau sampai kita dah takde soalan lagi nak tanya. Bukan bagi alasan kepada mereka yang memperkenalkan peluang tu.

Sekiranya semua soalan tu tersebut dapat dijawap dengan baik, kene cek pulak dengan jabatan-jabatan yang meluluskan. Kena ambil tahu. Bukan buat-buat tahu. Itulah sikap @ attitude orang kita. Perkara pokok adalah sikap dalam diri kita sendiri. Baru lah semua itu akan menjadi.

6 Mei 2010

Hari Khamis ni banyak kerja hakiki yang perlu diselesaikan. Banyak program yang perlukan banyak persiapan. Ini merupakan satu ujian untuk diri aku menyesuaikan waktu, membahagikan masa untuk melaksanakan kesemuanya. Dapat juga pengajaran daripada kerja-kerja tersebut. Ambil iktibar.

Bagi aku setiap orang perlu muhasabah diri. Untuk kita berjaya, kita perlu tahu apa kelebihan yang ada dalam diri kita, apa kekurangan yang ada dalam diri kita. Bagaimana kita hendak tahu kekurangan yang ada dalam diri kita??

Orang disekeliling itu penting. Kita dapat tahu kelemahan diri kita daripada kritikan mereka. Aset juga tu. Jangan dijauhkan kawan-kawan yang macam tu. Sekurang-kurangnya dapat dijadikan pemangkin untuk berjaya. Bukan dijadikan alasan untuk kita gagal.

Hari ini badan aku tak berapa nak sihat, rupa-rupanya aku lupa nak makan tengahari. Balik rumah tergesa-gesa. Nasib baik orang rumah dah masak awal. Dapatlah mengenyangkan perut aku yang lapar ni.

Terlintas dalam kepala seseorang yang menumpang dalam kereta aku tempohari berkata-kata “Sheikh, kalo sheikh lapar, sheikh makan tak?” Aku menjawap, makan.. Lantas dia memesan, “Surau dan Masjid pun lapar jugak ni sheikh.” Terus aku terdiam.

Selepas maghrib aku terus tertido. Mungkin kurang rehat agaknya. Aku rehat dulu ya. hehe

Jumpa lagi!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016