Didaktik 8

Comments: Comments Off
Published on: 05/05/2010

Hari yang paling lewat pergi ke 'saltmine'. Haha Bangun awal, hantar org rumah pergi kerja lalu stereng kereta di putar menghala ke rumah orang tua aku. Sampainya di rumah terus lelapkan mata. Ingatkan dapat lelap sekejap pon jadiklah, rupa-rupanya dekat nak kol 11 juga baru sedar.

Pagi ini memang aku tidak ada apa-apa perancangan kecuali jam 2.30 ada meeting yang aku perlu attend. Dalam diam-diam pagi itu ramai yang mencari aku rupanya. Apa kan daya, telefonku silent. Jarang sekali aku nak buka nada dering. Bunyinya macam menganggu rutin kehidupan aku.

Petang mesyuarat yang agak detail. Yang mempengerusikan mesyuarat itu pula seseorang yang agak detail dalam setiap perlakuan beliau yang menyebabkan masa mesyuarat itu berlangsung agak lama.

Alhamdulillah, bos aku yg dari JB pon dah sampai, aku memang tak suka nak duduk lama-lama dalam mesyuarat ni. Rasa macam tak seronok jadi tukang dengar ajek. Jika ada penglibatan baru ada syok sikit.

Balik jek ke ofis selesaikan kerja-kerja yang masih belum diselesaikan. Dari jam 4 petang ada seorang pakcik tu bersembang ngan aku sambil aku menaip Siri 7 semalam. Aku melayan sambil aku dok menaip. Entah apa yang aku tuliskan semalam pon aku tak berapa nak rasa secara mendalam. Pemikiran masa itu terbahagi kepada beberapa bahagian.

Yang pastinya semalam tiada apa-apa yang menarik. Cuma diwaktu malamnya dapat berkongsi pengalaman dengan beberapa orang pelajar UiTM Segamat. Seronok juga bila ada orang bertanya. Kita menjawap. Dapatlah juga melatih mulut ni menjawap setiap persoalan yang diutarakan. Yang pastinya semua itu bukan pembohongan semata-mata.

4 Mei 2010

Hari ini pon sama, bekerja seperti biasa. Siapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan hari ini. Buat temujanji, tapi kadangkala kita hanya mampu merancang. Tapi tulah Tuhan yang menentukan.

Yang seronoknya hari dapat bersembang dengan seorang kawan dan dapat menceritakan apa yang disukai orang dan yang tak disukai org tentang peelnya. Yang penting perkara tersebut dah disampaikan kepada dia. Harap-harap beliau bersedia untuk dikritik demi kebaikan masa depan beliau.

Balik kerja terus singgah rumah mak. Sembang-sembang kejap. Ingatkan malas nak balik awal. Nak jumpa kawan-kawan. Nak ajak bersama merubah kehidupan daripada baik kepada yang lebih baik. Akan tetapi penat semalam masih tak hilang lagi. Selepas solat Maghrib di Surau aku terus bergerak pulang ke rumah dengan niat nak baca buku. Buku yang baca aku rupanya.

Alahai, bila lah aku nak khatam baca buku ni???

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016