Didaktik 7

Comments: Comments Off
Published on: 05/05/2010

Keletihan yang keamatan, jam 5.00 pagi dah dikejut orang umah. Bangun! Bangun! Bangun!

Bernasib baik tak disimbahnya air kat muka aku. Awal pagi dah dikejut, selesai sahaja solat Subuh aku terus bergerak menuju ke Bandar Segamat untuk mengambil bakal rakan niaga aku. Puas didail tak diangkat-angkat. Agak ke mana diaorang ni pergi?

Aku telefon Wan, dia cakap tak dapat nak join dengan alasan takde duit. Aku jawap semula, disebabkan kau tiada duitlah aku ajak kau dengar peluang ini. Bagaimana cara perlaksanaannya. Semua ada. Semua di ajar. Bukan diajar menipu, membohong orang. Tapi mengajar untuk merubah kehidupan.

Terus beliau setuju. Aku minta dia pergi rumah Shah, takut dia tak bangun tidur lagi. Maklumlah, malam minggu masing-masing entah pukul berapa diaorg nih tidur agaknya.

Kali ini, perjalanan yang sepatutnya awal tergendala seketika menantikan mereka berdua ni. Tapi tak mengapa, segala pengorbanan ini hanya untuk kebaikan mereka.

Sampai di Yong Peng berhenti sekejap sarapan roti canai di Restoran Zaharah. Semenjak dua menjak aku sering ulang alik ke Johor Bahru, aku rajin berhenti sarap di situ. Roti nya sedap, lagi satu dapat makan kambing. Sedap!

Jam 9.30 pagi akhirnya sampai juga di Johor Bahru, modul dah bermula setengah jam yang lalu. Alhamdulillah, dapat juga sampai awal ke New Distributor Orientation Training (N.D.O.). Walaupun berbayar RM 70, kursus ini dapat menarik minat ramai orang. Penuh juga kerusi secara keseluruhannya. Tapi bagi aku, ramai lagi orang Johor yang tak mahu ambil tahu kebaikan program ini.

Ingatkan nak balik awal. Tapi tak dapat, diaorang semua ajak minum bersama. Encik Emran, Zariman, Fendi, Puan Moda, Farid Gereek dan lain-lain. Dapat makan sup lagi.

Bukan makan yang penting. Tapi ilmu yang dieorang curahkan kepada aku yang tak dapat dilupakan. Semangat yang diberikan untuk meneruskan perjuangan. Ada yang makan masa selama 4 tahun, ada yang mengambil masa 3 tahun, ada yang mengambil masa 1 tahun 8 bulan. Bergantung kepada faktor-faktor cabaran yang mereka hadapi.

Syukur Alhamdulillah, banyak kebaikan yang aku dapat. Dengar sekali tak semestinya aku terus dapat tau semua. Kena dengar banyak kali. Kadang-kadang ada yang terlepas dengar. Tapi bagi aku, walaupun dah empat kali aku pergi NDO ni. Masih banyak lagi perkara yang aku perlu ambil tahu. Masih banyak lagi ilmu yang aku tiada.

Selepas jumpa diaorg kebetulan bos aku ada di JB. Beliau hantar pesanan ringkas ajak minum bersama. Kene lah juga luangkan masa dengan dia sekejap. Sekejap tak sekejap lah juga. Mata dah naik mengantuk dah. Akhirnya sampai di rumah jam 3.32 pagi. Letih sungguh hari ini.

Jumpa lagi.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016