Didaktik 6

Comments: Comments Off
Published on: 02/05/2010

Semalam hati tak berapa cantik, ada sedikit perselisihan faham berlaku. Ada orang dok melenting bila aku delete dia punya posting kat satu tempat. Pastu dok kutuk-kutuk. Hahaha aduhai saiko.

Kesimpulan daripada pengalaman di atas sepatutnya diambil iktibar daripada cara kita berkawan. Tapi tidak, aku pula yang kene. Tak apa, aku dah biasa hilang kawan. Cuma aku nak berpesan kepada mereka yang membaca ni. Kalau kita dah bersedia untuk mengutuk, pastikan kita juga bersedia dikutuk.

Sedikit sebanyak perkara semalam menganggu emosi aku. Alhamdulillah, aku berjaya mengawalnya cuma aku dah luahkan apa yg aku rasa dan lebih baik aku dah tak perlu nak ambil peduli lagi. Biasanya bila aku bersuara disebabkan aku ambil berat. Tapi, bila dah tiada lagi suara daripada aku, faham-faham sendiri lah. Sendiri mau ingat.

Seperti biasa, hari bekerja memang agak banyak tugasan yg perlu disiapkan memandangkan datelinenye semalam. Alhamdulillah, dibantu oleh rakan kerja akhirnya kerja-kerja itu dapat disiapkan mengikut waktu yg telah ditetapkan.

Badan agak letih, mata mengantuk. Lepas solat jumaat aku tido jap. Dah lama tak merasa tidur siang. Dapat gak curi masa sekejap. Bangun jek kepala dah senoneng. Hahaha

Malam seperti biasa di hari Jumaat ada B.O.O.M. Score A di Mawa De Village Bandar Utama Segamat. Kali ini mula agak lewat memandangkan rakan niaga aku dari Johor Bahru mengharungi kesesakan lalulintas. Alhamdulillah, aku bersyukur masih ada dikalangan mereka yang ingin tahu apa itu Score A. Yang amat menggembirakan aku apabila ada juga dikalangan mereka anak-anak muda yang masih berumur di bawah 24 tahun pon turut serta.

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi apabila insan-insan yang aku perkenalkan perniagaan ini dapat berubah dalam masa yang singkat. Bukan berubah daripada tiada duit kepada banyak duit yg aku utamakan. Perubahan yang aku maksudkan adalah perubahan daripada segi gaya hidup yang dulu berpakaian compang camping, sekarang jauh betul berubah.

Aku rasa macam nak nangis apabila buat pertama kalinya aku lihat anak saudara aku, Along yang berumur 25 tahun memakai baju kemeja, seluar slack dengan kasut hitam berkilat. Nak gelak pun ada, sebab dia memang bukan macam tu, pakaian yg selalu dia pakai adalah seluar pendek dengan t-shirt yg berminyak. Maklumlah orang dok berniaga sendiri buka bengkel motor.

Tetapi apa yang aku dpt lihat, sekurang-kurangnya perubahan itu berlaku terhadap diri dan keluarga kakak aku yg sulong. Terima kasih banyak-banyak kerana memberi kepercayaan terhadap aku. Matlamat jangkamasa pendek aku dah tercapai. Tapi masih belum tercapai sepenuhnya.

Aku perlu bekerja lebih keras untuk memastikan semua matlamat jangkamasa pendek ini tercapai dan seterusnya melangkah ke matlamat jangkamasa separuh panjang. Aku berharapkan perubahan yang berlaku ini akan terus berterusan sehingga matlamat jangkamasa panjang tercapai.

Aku juga berharap agar perubahan itu juga berlaku dikalangan kawan-kawan aku, orang disekeliling aku yang sering aku dengar keluh resah mereka. Seringkali kewangan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan dimasa kini. Peluang aku dah berikan. Tangan aku dah hulurkan, cuma hanya menanti ia disambut oleh mereka yang memandang masa depan. Menitik beratkan pendidikan anak-anak dan yang penting boleh menyimpan untuk anak-anak juga.

1 Mei 2010

Hari ini, hari pekerja. Ramai dikalangan kita yang bercuti waktu ini. Namun, sedar tak kita dalam waktu masa yang sama, ada dikalangan mereka yang sedang bekerja walaupun hari cuti untuk mencari sesuap nasi. Untuk menampung kehidupan hari-hari. Mencari wang setiap bulan untuk memastikan kehidupan dapat diteruskan. Pernah tak kita berfikir kita bekerja setiap hari untuk apa?

Ya, untuk dapatkan gaji setiap bulan menampung kehidupan seharian. Cukup ke? Ada yang terlebih, ada yang cukup-cukup makan ada yang tak cukup langsung bergantung kepada pekerjaan masing-masing. Pendapatan aku cukup ke? Wallahualam. Setelah ditolak campur darab bahagi aku terpaksa mengurangkan perbelanjaan ke arah kemahuan.

Anak dah sekolah, Zarith pula kuat minum susu. Macam-macam karenah mereka bila dah besar dah pandai meminta-minta. Bukan semuanya aku kasi. Tengok keadaan. Tapi, jika mereka dah mintak makan. Ajak keluar jalan-jalan takkan aku nak diamkan. Lagipon aku jarang menghabiskan masa dengan mereka memandangkan tugasan aku tak tentu masa.

Tahun depan Za'im dah darjah 1, umur aku pula dah masuk 31. Wah, cepat betul masa berlalu. Aku perlu lakukan sesuatu untuk memastikan setiap perbelanjaan itu tidak dibebani dengan hutang. Aku perlu bertindak mulai sekarang. Aku tak boleh lagi toleh ke belakang. Aku perlu mulakan dari sekarang. Aku harapkan keputusan yang aku buat ini dapat mengubah kehidupan aku, keluarga aku dan juga orang disekeliling aku. Doa2kanlah ya kawan2.

Hari ini juga hari lahir abg aku yang no. 2, Ngah. Dah masuk 46 dah umurnya. Tapi sayang, sampai sekarang tak kahwin2 lagi. Taktau lah kenapa, tapi kadang2 kesian juga tengok dia. Daripada segi fizikal ok, bekerja macam biasa. Makan gaji. Cukup untuk sara diri. Tetapi ada sesuatu yang tak dapat dilihat melalui mata kasar. Kadang-kadang pelik tengok dia ketawa sendiri. Aku pun taktaulah, apa yang misteri dengan abang aku sorang.

Yang penting hari ini, kami dapat berkumpul sekeluarga meraikan abg aku yang seorang ni. Gembira juga lihat dia ketawa walaupun masih tidak ditemani anak dan isteri (tak kawen).

Oklah, hari ini selepas solat Subuh aku nak ke JB, bawa rakan niaga untuk mengikuti latihan. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ke rumah. Amin

Jumpa lagi!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016