Didaktik 5

Comments: No Comments
Published on: 29/04/2010

Hah, hari ni besdei mak mertua aku, Puan Tijah binti Ali, seorang Ibu tunggal yang kehilangan suami ketika anak-anak masih sekolah lagi, namun tabah menghadapi dugaan & cabaran untuk membesarkan mereka.

Alhamdulillah, secara tak langsung semasa aku mengenali mak mertua aku ni pon dalam keadaan susah, tinggal keseorang dengan orang umah aku masa tu kerana yang lain masih bersekolah dan ada yang sambung belajar ke IPTA & IPTS.

Ada hikmah juga rupanya apabila org umah aku ni tak berapa pandai nak belajar. Tapi, dialah yg menjaga & menemani mak mertua aku ni. Patutlah dia penyabar, sentiasa tersenyum aje, nak keluarkan sepatah ayat pun susah. Syukur, itulah orang umah aku. Takdelah nak membebel tak tentu pasal, nak marah2 tak tentu pasal dan macam2 lagi.

Tapi, aku jek yg selalu cari pasal. Wathal, macam2 hal. hahaha.. Dahlah, tak mo citer. Itu sejarah, yg patut dijadikan tauladan.

Alamak, org umah aku naik lak… jap lagi sambung……

15 minit kemudian..

hahahaa.. hadui, potong setim ler nak cerita tadi. oklah, sambung…

Tadi, sempatlah wat makan-makan sikit sambut birthday mak mertua aku. Hari ini agak banyak kerja, mana taknya, yang gatal-gatal pegi buat dua kerja siapa suruh. Kan dah pening kepala.

Tapi tak mengapa, untuk menjadi orang yang cemerlang seharusnya berfikiran yang susah itu mudah. Alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya. InsyaAllah, esok sambung buat kerja yang sepatutnya.

28 April 2010

Semalam pon sama, banyak juga kerjanya. Tapi tak mengapa, minta tolong dengan Allah, permudahkan segala urusan duniawi dan di akhirat nanti. Insya Allah, segalanya yang selalu difikirkan susah akan jadi mudah. Dulu suka sangat solat sorang-sorang. Sekarang? tak payah di suruh, pandai cari arah. Inilah hikmah disebalik apa yang aku lalui.

Dulu suka sangat melambatkan solat, sekarang Alhamdulillah, asyik tengok jam jek takut terlambat. Selesai jek tugasan hakiki apa lagi terus aku angkat kaki bergerak ke Felda Maokil, kerana di sebelah malamnya ada taklimat untuk ibu bapa prihatin yang berminat utk menghantar anak mengikuti tuisyen E-Learning.

Risau juga, tak pernah aku nak bercakap dikhalayak ramai, lebih-lebih lagi untuk membuka mata kepada orang yang lebih dewasa ni. Tak pasti sama ada mereka boleh terima atau tidak apa yang aku akan sampaikan nanti.

Alhamdulillah, semuanya boleh terima apa yang aku sampaikan. Dari mula hingga ke akhir, tiada seorang pon yang hendak keluar dari dalam bilik taklimat tu. Walaupun pintunya terbuka luas, dari kaca mata yang aku lihat. Mereka tekun mendengar dan cuba memahami apa yang bakal anak-anak mereka lakukan semasa tuisyen nanti.

27 April 2010

Jantung aku berdegup kencang. Tak pernah alami sedemikian rupa. Saat yang dinantikan makin tiba. Aku dah mula tak tentu arah. Aku bangun dari dudukku terus ke belakang berhampiran tandas. Ku rasa degupan jantung aku makin laju.

Ish! kenapa sampai macam ni? Tanya aku dalam hati. Aku cuba untuk mengatasi darah gemuruh yg tak pernah aku alami ni. Apa taknya, kena berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat lebih kurang 250 orang. Pelbagai bangsa, pelbagai latarbelakang, muda, tua, yang kerja bagus-bagus, ada juga yang kerja cukup-cukup makan.

Kalo cakap dihadapan org yang sebaya takpe jugak. Aduh! Gabra jugak ni. Tiba-tiba nama aku disebut. Lantas aku melarikan diri kehadapan. Aku mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Aku ajak dieorg belajar tepuk secara berjemaah. Hahahaha.. Hilang gabra aku, dan akhirnya tepukan itu menjadi satu tepukan yang kuat. Dan aku pun mula berkongsi pengalaman aku sepanjang 2-3 bulan sejak kebelakangan ini. Puan Mona kasik 5 minit, aku terlebih cakap sudah. Nasib baik ada orang bagi isyarat suruh ‘stop’.

Alhamdulillah, selesai sudah tugas aku. Dari pentas nak ke belakang orang kiri kanan aku hulur tangan nak bersalam. Erk, apa aku cakap tadi? sampaikan semua orang nak salam? Aku bukan sesiapa? aku cuma berkongsi cerita pengalaman aku aja.

Tapi itulah, bila kita cakap dari hati sanubari kita, dan orang itu memahami pertuturan kata kita. Orang akan hargai. Tak pernah aku rasa org menghargai aku semacam ini sekali. Orang itu bukan kenal aku pon. Bukan tau aku kije ape. Tapi bila dengar pengalaman yang aku ceritakan tadi agaknya membuatkan mereka terasa ingin bersama-sama dengan kami.

Oklah, aku nak tido. Badan letih, kurang rehat. Arini nak rehat. Jangan org umah kejut dah lah.. hahaha



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Friday, 09/12/2016