Didaktik 46

Comments: Comments Off
Published on: 05/01/2011

Sejak akhir-akhir ni banyak kisah orang tua aku coretkan kat sini kan? Bukannya apa, selagi hayat mereka masih ada ni masih mencuba untuk membalas jasa mereka berdua. Walaupun sedar, kita tak mampu nak membalas kesemuanya, namun naluri hati kecil ku mengharapkan mereka mampu tersenyum melihat diri kita di hadapan mereka.

HTTP://CUSTOMESSAYWRITINGSERVICESS.COM/


Petang tadi, dapat meluangkan sedikit masa menjengah mak ayah aku di rumah. Dengan izin Allah, orang umah ajak pulang saing petang ni, dia tunggu di rumah mak ayah aku. Aku ok ajek. Dalam hati kecil aku bertanya, dah sihat ke belum ayah aku? Terakhir aku dengar khabar berita ayah aku pada hari Sabtu malam minggu aritu. Itupun sms akak aku.

Sempat singgah di pasar malam belikan putu bambu dan apam balik kegemaran mak ayah aku. Sampai di rumah kelihatan mak aku sedang menarik lembu utk bawa ke belakang rumah (tempat tido lembu). Aku naik ke rumah kelihatan ayah aku baring di atas katil dalam keadaan tak bermaya. Senyap aku seketika. Katanya dah pergi hospital, ubat dah makan. Tapi katanya selera makan takde. Ayah aku ni, tiada siapa berani nak suruh dia pergi hospital sebab masing-masing dah tahu perangai dia. Aku cuba memujuk ajak dia gi klinik. Dia kata ok.

Aku pon turun bertemu abang ipar aku minta tolong bawakan ayah ke klinik malam ni. Abang ipar aku ngan kakak aku yg sulung ni banyak berkorban menjaga mak ayah aku kt rumah. Walaupun mereka hidup dalam kepayahan, mereka tak pernah mengeluh. Banyak aku dapat pengajaran daripada mereka tentang kehidupan ni. Kebetulan hari ini hari lahir kakak aku, tapi tadi aku terlupa nak ucap selamat hari lahir utk dia.

Aku lihat mak aku dah ada di dalam rumah keluar menjenguk muka tengok aku. Aku pon naik semula ke beranda rumah. Tak sempat berbicara mengalir air mata di pipinya. Inilah sebabnya kenapa aku tak nak balik ke rumah. Setiap kali aku balik seperti ada sesuatu yang nak diluahkan tetapi hanya air matanya sahaja yg dijermah. Lemah badan aku melihat mak aku menangis terus aku minta izin untuk pulang.

Mak, Ayah.. saya sayang mak, saya sayang ayah, saya sayang adik beradik saya.. saya sayang keluarga saya. Saya akan buat yang terbaik ya mak!!!

zp8497586rq
zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016