Didaktik 45

Comments: Comments Off
Published on: 30/12/2010

Rasa macam dah lama tak singgah rumah mak aku, walhal jalan ke pulang melalui jalan umah mak aku. Bukan tak sempat tak singgah. Memang sengaja taknak singgah. Tak sampai hati nak singgah. Bila singgah hati ini terasa bersalah. Banyak sangat kesalahan ini terhadap kedua orang tua aku. Nak balas jasa diaorang memang lah tak terbalas. Tapi aku nak bagi kehidupan yang selesa dan bahagia untuk mereka berdua. Tapi bila?

HTTP://WRITINGNARRATIVEESSAY.COM


Mungkin ini hikmahnya, dengan izin Allah hendak pula aku lepak jap minum dengan mereka yang jarang aku minum bersama bila dipelawa. Sambil berborak diam tak diam dah maghrib rupanya tadi. Nak bangun rasa macam tak hormat orang pula. Waktu maghrib ni singkat jek, leka kang terlepas waktu maghrib. Nak tak nak kene angkat kaki juga. Nak berjemaah dah tak sempat. Nak kejar balik ke rumah takut dah masuk Isya'. Terus stereng diputarkan singgah ke rumah.

Aku lihat kesihatan ayah aku kurang memuaskan. Sakit perut katanya. Memang dari dulu dia memang selalu sakit perut. Minggu lepas aku singgah pon dia demam katanya. Rajin dok termenung di kerusi luar rumah tu. Jika aku sampai rumah selalunya dia lah yang mengejar aku nak bagi surat-surat yang sampai di rumah. Siap simpan surat aku tak kasik adik beradik yang lain simpankan. Kadang-kadang tergelak juga dalam hati. Dari dulu sampai sekarang nak ke mana-mana naik basikal. Umur dah 80an, telinga pon dah kurang dengar. Dulu alasan nak ke kedai beli rokok. Sekarang pon sama, bila aku dah belikan pon dia bagi alasan nak mengayuh jugak.

Selesai ambil wudhu aku lihat mak aku tgh solat. Memang aku tak sanggup tatap mak aku. Bila tatap wajahnya pasti aku akan rasa sayu. Aku terus solat. Tanpa sebarang kata, selesai solat terus pulang ke rumah. Sayu hati nak tinggalkan rumah usang itu. Bila lah agaknya nak dapat dirikan rumah yang selesa untuk mereka berdua ya?

Sampai di rumah disambut suara riang anak-anak. Hilang terus rasa penat sambil layan tengok berita. Seorang bertanya yang adik pon nak bertanya juga soalan yang sama. Sambil renung anak-anak aku,terfikir sejenak bagaimana masa depan anak aku nanti ya? Takkan nak biarkan dia lalui sebagaimana yang aku lalui juga?

Teringat aku pagi tadi bagaimana seorang bapa yang mempunyai 3 orang anak kehilangan wang gajinya atas kecuaian isteri sendiri. Sanggup menunggu kedatangan aku. Kebetulan aku ada hal di luar. Aku ajak dia minum sebentar layan nescafe secawan. Dia minta tolong, dah tiada pilihan lain, esok anak nak daftar sekolah. Senangkata duit takde nak bayar yuran anak sekolah. Sempat juga bersembang panjang dengan beliau. Ini lah masalah-masalah yang aku sering lalui setiap hari. Bukan dia seorang je. Sebenarnya ramai lagi mereka yang sedemikian rupa.

Mereka bukan dikalangan orang miskin. Mereka tergolong dikalangan orang yang berpendapatan sederhana. Orang kata cukup-cukup makan aje. Rumah tumpang di rumah orang mertua. Apabila ada salah faham antara keluarga parah jadi nya. Banyak kes yang macam ni, siapa yang nak bantu ya? Bagi soalan sebegini pasti ramai yang akan menuding jari. Tak ketinggalan juga ramai yang mengeluh. Persoalannya kenapa? Kerana kita tak mampu untuk membantu orang lain sebab itu kita mudah untuk menyalahkan orang lain.

Itu bukan jalan penyelesaian. Jalan penyelesaiannya adalah kita perlu ubah SIKAP!!!!

zp8497586rq
zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016