Didaktik 44

Comments: Comments Off
Published on: 26/12/2010

“Atuk makan apa?”, hampir menitis air mata aku terdengar Za'im bertanyakan atuk dia makan apa. Sedangkan atuk dia berada di kampung. Ingat dia pada atuk yg memelihara dia ketika kami suami isteri keluar mencari rezeki.

Waktu tu kami sedang bersama-sama menikmati sarapan pagi jumaat lalu, sebelum aku keluar pergi bekerja. Lantas Za'im mencapai telefon nak tanya atuk dia makan apa pagi itu. Yang dia ingat cuma no pangkal. Kemudian dia bertanya, “Lepas tu apa?” lalu isteri ku menyebut satu persatu.

Aku tak menyangka sampai begitu sekali ingatan dia terhadap atuk dia. Bertanyakan khabar, apa atuk dia makan arini? Sedangkan aku sendiri jarang bertanya khabar begitu kepada kedua orang tua aku.

Namun, ego yg ada dalam diri menyebabkan air mata itu tak jadi untuk dititiskan, namun tangisan itu hanya berlalu di dalam hati. Anak adalah harta kepada kedua orang tua. Pabila sudah mendirikan rumahtangga keakraban masih terasa. Bila sudah mempunyai zuriat, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada anak kita. Tanpa disedari perhatian kita terhadap ibu bapa kita semakin berkurang.

refinancehomemortgagee

Kita memang tak perasan dalam kesibukan kita membesarkan anak-anak kita dengan penuh kasih sayang kita terlupa dengan org yang pernah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

Betul kata orang terdahulu seorang ibu atau ayah mampu menjaga sepuluh orang anak, namun sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau ayah.

Mudah-mudahan Allah mengasihani kedua ibu bapa kita sebagaiman mereka mengasihani kita sewaktu kecil. Semoga dosa kedua ibu bapa kita diampunkan. Insya Allah.

zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016