Didaktik 43

Comments: Comments Off
Published on: 18/12/2010

Dahulu, semasa kita masih kecil pasti banyak kemahuan kita yang tak dapat dituruti oleh kedua ibu bapa kita kan? Sebahagian daripada kita tak menyalahkan mereka atas sebab-sebab tertentu dan sebahagian pula daripada kita menyalahkan mereka atas sebab yang tersendiri. Berkemungkinan besar juga kenapa mereka tak mampu untuk mengikuti kemahuan dan kehendak kita pasti ada alasannya yang tersendiri.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita mampu mengikuti semua kehendak dan hasrat kedua ibu bapa kita? Sepanjang kehidupan kita pasti banyak hasrat mereka yang masih lagi kita tak dapat nak penuhi.

Teringat masa waktu aku masih kecil, ketika pada masa itu aku bersekolah di tingkatan satu. Aku berhasrat untuk tidak bersekolah agama memandangkan pada waktu sekolah menengah pada waktu petang. Pada waktu pagi nak kene pergi ke sekolah agama. Rasa macam tak larat jek waktu tu.

Namun, mak aku tak membenarkannya. Dia berhasrat untuk aku habiskan sekolah agama ku sampai ke peringkat sekolah khas. Dia nak sangat lihat aku jadi ustaz ataupun yang seangkatan dengannya. Namun pada masa itu aku memang kurang berminat untuk menjadi ustaz. Atas hasrat orang tua, aku meneruskan juga sekolah agama sampai tamat persekolahan.

Aku bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang. Namun ada beberapa halangan antaranya ada subjek yang aku kurang minat untuk belajar, antaranya geografi, bahasa inggeris. Aku cuma berminat dengan subjek yang melibatkan pengiraan, iaitu matematik, fizik, lukisan kejuruteraan dan seangkatan dengannya. Pada masa itu, aku sudah mengagak bahawa pasti aku tak dapat capai cita-cita aku.

Masa berlalu begitu pantas, namun keputusan aku untuk memasuki sekolah berasrama adalah keputusan terbaik pada masa itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di sekolah teknik. Rupa-rupanya banyak kelebihan bersekolah di asrama ini. Terlalu banyak, tak perlu aku nak uraikan di sini.

Baru lah aku sedar betapa pentingnya pendidikan pada masa itu, namun diperingkat usia mengenal remaja mula berlaku konflik jiwa. Kita lebih suka dengar kata kawan-kawan berbanding kata-kata nasihat ibu dan bapa kita.

Sehingga kini terlalu banyak hasrat orang tua aku yang aku tidak penuhi lagi. Namun, keputusan aku untuk mendirikan rumahtangga diperingkat usia yg muda juga banyak hikmahnya. Beban dan tanggungjawap aku sudah mula kene pikul sendiri. Rupa-rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang bapa. Bukan mudah untuk mendidik anak. Membesarkan anak-anak. Tapi kedua ibu bapa kita mampu membesarkan kita walaupun kita punyai ramai adik beradik.

Dalam tak sedar, kita lebih banyak luangkan masa untuk anak-anak kita berbanding kedua ibu bapa kita pada masa ini. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Urusan duniawi. Banyak perkara kita melebihkan anak-anak kita berbanding orang tua kita. Tak sempat lagi untuk membalas jasa mereka, kita dah digalas tanggungjawap untuk membesarkan anak-anak kita.

Sama-samalah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Cuba lah sedaya mampu untuk membalas jasa mereka berdua selagi hayatnya masih ada. Insya Allah.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016