Didaktik 41

Comments: Comments Off
Published on: 18/08/2010

Niat dihati nak menulis pagi ini. Banyak yang boleh dikongsi. Selesai Solat Tarawih pergi jumpa Rakan Niaga di Restoran Arshad. Macam biasa lah, kalo dah ngeteh kat situ, Haji Resad (Arshad) kompem datang sembang duduk di meja aku. Seronok dengar pengalaman beliau berniaga. Tetapi waktu untuk ku ceritakan tak mengizinkan.

Namun begitu sedikit sebanyak ada satu tulisan yang ingin aku kongsikan. Sumber tulisan ini daripada kawan aku di Facebook yang dapat tulisan ini daripada internet. Mudah-mudahan dapat dikongsikan kebaikan ini bersama.

“Sesiapa yang berada di sekeliling kita menggambarkan cemana rupa fikiran kita, positif atau negatif, baik atau kurang baik.

Jika Anda selalu ditemukan dengan orang-orang yang menyakitkan hati Anda, itu maknanya fikiran Anda dipenuhi dengan fikiran-fikiran buruk. Makanya, hati Anda ada di didiami oleh anasir-anasir buruk. Kemungkinan besar, hati Anda kotor.

Anda banyak bergelumang dengan emosi negatif – marah, geram, menyampah, sakit hati, dendam. Walaupun di luar Anda lebih banyak bersikap diam, tapi dalam hati Anda, banyak mengomel-ngomel, menyumpah-nyumpah dan memarah-marah tanpa henti, dari waktu Anda bangun hingga ke waktu tidur.

Sudah tiba masanya untuk kita check attitude, check emosi kita. Kekadang kita tak perasan yang kita ada bersikap buruk pada orang tapi kita cepat terasa tiap kali ada orang bersikap buruk, berkata buruk pada kita.

Apa yang ada dihati kita

zp8497586rq



Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016