Didaktik 4

Comments: Comments Off
Published on: 28/04/2010

Tak tahulah, sempat ke tak sempat ni untuk aku coretkan serba sedikit kejadian semalam utk disimpan hari ini. Tapi tak mengapa, dapat tulis sikit pon jadilah.

Semalam agak awal juga aku ke pejabat, akan tetapi aku tetap lewat masuk ke pejabat. Sampai ajek di bandar, ada beberapa urusan luar pejabat yang perlu diselesaikan. Hampir jam 11 pagi baru aku dapat masuk ke pejabat. Masuk-masuk jek opis nak kene siapkan banyak tugasan yg tertangguh disebabkan tggu arahan bos. Maklumlah, seminggu lebih dia outstation. Kerja-kerja yang aku boleh buat keputusan sendiri aku dahulukan. Tetapi masih banyak juga kerja yang perlukan keputusan daripada bos.

Agak haru biru sedikitlah semalam, sekejap keluar ke sana. Sekejap keluar ke sini. Kene siapkan kerja yang perlu disiapkan hari ini (semalam) sebelum jam 5.30pm. Sebab aku nak ke Johor Bahru.

Alhamdulillah, dapat juga siapkan dengan bantuan rakan kerja yang ada.

Dalam perjalanan pulang ke rumah mak, aku dapat miss call panggilan daripada abg aku (Uda & Itam) dan abg ipar yg sulong (Abah). Entah bila dieorg call pon aku taktau. Aku baca msg, rupanya masing2 nak ikut aku ke JB.

Dengan dukacitanya aku maklumkan tak dapat nak bawa mereka kerana aku dah berjanji untuk bawa 2 orang kawan aku dan seorang anak sedara aku (along) untuk ke sana. Mana muat Myvi nak naik berlima, jalan jauh. Nanti tak selesa.

Lepas tu, selesai sahaja bersiap aku terus bergerak ke JB. Masuk aje di highway, Abah kol anak dia (along) dia kata jumpa di JB. Wah! Bersemangat dieorg nak pergi?? Dulu bukan main susah lagi masing-masing aku pelawa ajak teman aku pon masing-masing buat muka toya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan sokongan mereka aku boleh teruskan perjuangan dalam bidang perniagaan ini.

Kalau korang nak tau, bukan senang nak ajak orang buat sesuatu perkara yang baik walaupun adik beradik/saudara mara sendiri. Percayalah, kalo korang tak percaya korang boleh torai ajak dieorg pegi solat berjemaah bersama di Masjid. Ada tak yang nak ikut???

Begitu juga dengan dunia perniagaan yang aku ceburi ni. Macam-macam alasan dan hal yang diberi. Bagi aku takde masalah. Sebab aku dah tahu apa yg aku buat, aku dah nilai dahulu sebelum aku buat. Aku dah mula percaya dan yakin untuk teruskan. Dan aku dah buktikan kepada mereka terutama sekali adik beradik aku.

Nah! tak ajak pon dieorg nak ikut. Tapi kereta tak muat!! Ehhhh… Dieorg berusaha untuk pergi jugak. Sebab apa?? Sebab mereka juga dah percaya dan yakin macam aku.

Korang bila lagi???

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016