Didaktik 39

Comments: Comments Off
Published on: 06/08/2010

Aku percaya jika kita bertanya kepada setiap orang pelbagai pengalaman yang mereka alami dalam dunia perniagaan, tidak kira lah sama ada Network Marketing mahupun perniagaan konvesional di luar sana. Persoalannya dapatkan kita mempertahankan perniagaan kita?

2 hari lepas kedua-dua tayar hadapan myvi aku dah botak. Dah keluar benang tayar dah. Pekerja kedai tayar tu bertanya sejauh mana aku gunakan kereta ni? sedangkan jika nak diikutkan no. pendaftarannya baru lagi. Meter pon dah jejak 15**** km. Aku hanya mampu tersenyum.

Daripada nak tukar 2 tayar, menjadi tukar ke empat2 tayar. Aku tertarik dengan pendekatan yang digunakan peniaga tersebut untuk memastikan matlamat dia tercapai. Cara yang beliau lakukan sama dengan teknik-teknik yang aku pernah pelajari sebelum ini. Rezeki dia, terbuka hati aku nak tukar semua tayar.

Sambil menunggu aku taknak buang masa, aku ambil sebuah buku untuk dibaca. Tak sampai 10 minit aku membaca toke kedai tayar tersebut duduk di sebelah aku lalu bertanya..

Pang : ” Lu baca buku apa?”
Aku : “Buku biasa jek pang…nak belajar berniaga”..
Pang : “Baca buku bagus, tapi wa tak setuju lu baca ajek.. lu kene lalui..melasa pengalaman beniaga woo..latih manyak2 pon tak gune, kene ada pengalaman..balu boleh..

Ada satu celita ah, ada satu tempat.. kawasan hutan simpan tau… sangat-sangat luas…sangat-sangat tebal.. di penghujung hutan simpan itu aaa.. lu tau ada lubuk emas..ini hutan simpan tau. binatang liar pon manyak..macam2 ale dalam hutan dale.. so, i nak tanya u aaaa… apa pe alatan atau pe sediaan yang u perlu bawak untuk u ledah hutan simpan nak pelegi ke lubuk emas itu..??”

Aku : “urmm… (lama fikir) aku perlu bawa beg, peralatan khemah, makan & minum…”

Pang : “Lagi..lagi…?”

Aku : (Fikir lagi…)” Bawak cangkul, peralatan untuk korek lubuk emas tu.. haiya pang! macamana aku nak bawak semua barang ni sorang?”

Pang : “Oklah2..kalo u pergi dua olang?”

Aku : “Hah, kalo pergi dua orang, aku bawak makanan.. kawan aku bawak peralatan.. siap lampu suluh semua kene lengkap untuk persedian masuk hutan… yelah, nak masuk hutan ni macam2 kene lalui…

Pang : “Ada lagi nak bawak?”

Aku: “Cukuplah tu kot, kang sape pulak nak tolong bawakkan.. mana larat nak bawak semua baang..”

Pang : “Sebab itu lah olang kita tak berjaya ma…jumpa peluang mau fikir lama, mau timbang lama-lama sampai jadi batu.. fikir tak betindak mana mau kaya loooorr.. lu arr, apa susah mau pk banyak2.. lu bawak 2 balang sudah cukup..
1, lu bawak kompas.. supaya lu tak sesat untuk jumpa lubuk emas.. ke 2, u bawak pisau ma… sebagai u punye senjata untuk mempertahankan dili.. 2 sudah cukup.. u tak payah pk lama-lama… mau bawak itu lah, inilah, macam2 lagi mau cari itu lah..inilah.. bila mau sampai?

U arr, cakap mau pegi JB, tapi u masih minum lagi di walung kopi kt Segamat… bila mau sampai JB? selupa itu macam lah.. semua olang manyak cakap.. tapi tak buat loorrr.. olang gagal sebab tak bertindak lorr..”

Wah, pertama kali toke tayar ni nak sembang pasal bisnes dengan aku, banyak dia ceritakan pengalaman beliau kepada sepanjang kami berbual. Bersemangat aku mendengar cerita Pang. Seronok ada kawan yang macam ni. Kawan yang rasional dalam kritikan. Selama ini orang kita belum tempuh lagi dah rasa takut. Dan selama inilah jugaklah aku macam tu.. Tiada keberanian untuk menempuh kegagalan. Alhamdulillah, sekarang ini kegagalan inilah yang menjadi pemangkin untuk kejayaan masa depan. Mudah-mudahan, aku akan mudah mempelajari atas kesilapan yang dilakukan.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016