Didaktik 38

Comments: Comments Off
Published on: 05/08/2010

Alhamdulillah, akhirnya hajat aku tercapai juga untuk menulis ke siri yang ke 38. Cerita pasal dugaan dan rintangan dalam dunia perniagaan semua orang tahu. Persoalannya dah merasai ke belum? Bagaimana cara-cara untuk mengatasai semua itu.

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang membenci dunia perniagaan MLM. Lebih-lebih dengan kemunculan program yang mirip MLM namun sebenarnya lebih kepada 'Money Game'. Keluar di media arus perdana dengan tulisan besar MLM Skim Cepat Kaya dan macam-macam lagi. Maka timbullah bermacam kelab yang membenci perniagaan MLM ini.

Secara dasarnya aku tidak menyalahkan mereka, kerana segala pandangan dan pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan didikan, persekitaran, pengalaman yang mereka lalui. Ternyata kebanyakan MLM yang ada sehingga ke hari ini kebanyakannye ramai orang terpengaruh dengan money game.

Saya tak berani nak menyatakan MLM ini halal mahupun haram kerana ia bergantung kepada perlaksanaan perniagaan MLM itu. Ada persetujuan antara penjual dan pembeli adalah perkara pokoknya. Bukan nak menyalahkan mereka yang pernah diperdaya dengan skim cepat kaya yg mirip dengan MLM. Namun, tanpa persetujuan kedua-dua pihak perkara ini tidak akan berlaku.

Kita seringkali melihat kebendaan yang orang berjaya miliki tetapi kita tidak pernah pon memikirkan bagaimana proses yang beliau lalui. Kejatuhan dan kegagalan yang beliau lalui.

Perniagaan itu banyak cabangnya dan salah satunya adalah Multi Level Marketing. Kenapa ramai orang Melayu berlumba-lumba membuat perniagaan MLM ini. Namun begitu, kebanyakan daripada mereka gagal melalui asam garam dalam perniagaan MLM dan hasilnya bertambah ramailah dikalangan mereka yang memandang serong terhadap dunia perniagaan MLM. Dan kebanyakan daripada kita merujuk terus kepada mereka yang pernah gagal dalam dunia MLM.

Persoalan demi persoalan yang sentiasa aku berikan kepada orang yang pernah buat MLM sebelum ini. Apabila aku lalui, aku berjumpa dengan mereka. Aku suka bertanyakan asam garam dalam MLM dan kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa mereka dah masak sangat dengan MLM. Satu soalan aku bangkitkan? Kenapa tuan masih lagi sama seperti dulu? Serba salah mereka nak menjawap dan kebanyakannya pasti menyalahkan pihak lain. Hanya segelintir sahaja yang mengakui salah sendiri.

Aku pun macam tu juga, puas aku mencuba untuk tidak menyalahkan orang lain namun seringkali tersasar jua jawapan yang aku beri bila diajukan pertanyaan sendiri. Persoalannya di sini, susah sangat ke untuk mengakui kesilapan diri sendiri? Kebanyakan orang yang berjaya adalah dikalangan mereka yang belajar daripada kesilapan mereka lakukan sebelum ini. Selagi itu aku tak mampu lakukan, selagi itu lah kejayaan itu jauh dihadapan. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya melakukan.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016