Didaktik 37

Comments: Comments Off
Published on: 29/06/2010

Pada mulanya aku rasa macam taktau apa aku nak taip pagi ini. Tetapi daripada siang tadi aku dah bercakap dalam hati malam ini aku kene menulis di blog. Lama sangat dah aku tak menulis. Nak sambung kembali siri yang sebelum ini, banyak lagi sebab kenapa aku terminat MLM ni. Rupa-rupanya banyak kebaikan daripada perniagaan-perniagaan lain yang aku pernah merasai atau melalui perkongsian rakan-rakan lain sebelum ini.
5) Risiko Kecil

Yelah, bercerita tentang risiko ni kalau boleh aku tak mahu nak bandingkan dengan perniagaan-perniagaan lain yang ada. Tapi nak taknak korang kene tahu apa risiko setiap bidang perniagaan yang kita ceburi. Kenapa orang tak minat MLM ni? Mungkin kerana risikonya rendah. Modal yang kecil sudah pasti risikonya rendah. Lebih-lebih lagi jika produknya murah. Berbaloi-baloi orang kata.

Apa risikonya? Risikonya tak balik modal ajeklah. Walaupun tak balik modal, tak perlu nak terjun bangunan pening kepala nak bayar hutang sebab produk yang dibeli sebelum ini pon berguna. Tak rasa rugi pon jika tak menjalankan bisnes ini, jika jalankan bisnes ni lagi lah tak rugi! Sebab itu ramai dikalangan mereka diluar sana yang pernah terlibat dengan banyak perniagaan Network Marketing mencuba daripada satu syarikat ke satu syarikat untuk mencari kejayaan. Lepas masuk Syarikat A masuk pula Syarikat B kemudian masuk pula Syarikat C, masih lagi tak jumpa lubuk emasnya di mana.

Jika korang terjumpa perniagaan Network Marketing yang risikonya agak tinggi, korang fikir-fikirkanlah sendiri. Sedikit sebanyak aku dah berkongsi apa itu Multi Level Marketing. Risikonya memang cukup kecil.

6) Tidak Perlu Sewa Pejabat/Kedai

Ya, salah satu risikonya tak payah nak pening-pening cari kedai atau bangunan atau lot kosong untuk disewa. Sebab bisnes ini dijalankan dari orang ke orang. Untuk apa kita buka kedai/sewa pejabat. Kita tak perlukan pejabat. Kebiasaannya setiap perniagaan Network Marketing akan ada Center atau Pusat Khidmat Servis Pelanggan/Rakan Niaga sahaja. Itupun ditanggung sendiri oleh mereka yang telah mendapat pendapatan yang tinggi. Itu pun bertujuan untuk memberi latihan atau sebagai tempat berkumpul/preview sesuatu produk. Tak perlu nak buka stokis kerana kebiasaannya Syarikat akan sediakan perkhidmatan 'courrier' ke destinasi masing-masing. Tetapi jika masih ada lagi produk yang berkehendakkan kita jadi stokis kerana katanya permintaan semakin banyak, kita perlu fikir kembali tujuan asal kita terlibat dengan MLM ni.

7) Tidak perlu menggaji pekerja

Perniagaan ini perniagaan kita sendiri. Tidak perlu kita bayar gaji pekerja untuk buat kerja kita. Dah jimat kos, kurang risiko nak bayar gaji pekerja. Segala keuntungan adalah untuk kita. Terpulang dengan kebijakan masing-masing untuk menyimpan, menggunakan atau ikut kemahuan masing-masing.

Cukuplah aku berkongsi sedikit sebanyak tentang dunia Multi Level Marketing ni. Seringkali aku berkata dengan orang yang aku berjumpa, sebab itu ramai yang kita lihat di luar sana berebut-rebut untuk terlibat dengan perniagaan MLM ini dan sebab itulah ramai mereka yang kecewa dengan dunia perniagaan MLM ini. Mereka gagal bukan kerana Syarikat, bukan kerana Produk dan bukan kerana pelan perniagaan. Tetapi kebanyakan daripada mereka gagal menghayati apa sebenarnya perniagaan Multi Level Marketing.

Ini bukan kesimpulan atau untuk menghakimi masyarakat di luar sana. Tapi, sebagai panduan atau pun rujukan untuk kalian sekurang-kurang tahu apa itu Multi Level Marketing. Aku merasakan wajib untuk aku berkongsi dengan sesiapa sahaja berkaitan dunia MLM ini. Kerana apa? Kerana terlalu ramai sangat di luar sana yang takut dengan MLM yang dah taubat dengan MLM yang pandang hina dengan MLM dan ada juga yang sanggup tak mahu lagi berkawan dengan mereka yang terlibat dengan perniagaan MLM ini. Putus kawan ada, putus saudara pon ada.

Dalam hati aku seringkali bertanya kenapa kita terlalu mudah menghukum? Apa salah MLM itu agaknya ya? Jika diingat balik pepatah orang terdahulu sememang ada kebenarannya. Marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar.

Pinjam kata-kata Ustaz yang selalu bagi tazkirah di HotFM,

“Renung-renungkan dan selamat beramal”

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016