Didaktik 36

Comments: Comments Off
Published on: 21/06/2010

Alhamdulillah, untuk menulis ke siri 36 ini mengambil masa yang agak lama. Bukan kerana aku tiada masa. Tetapi aku tak bersedia untuk menulis yang entah apa-apa.

Jika dilihat diwaktu permulaan memang agak teruja untuk menulis. Kemudian masa tak tentu arah. Semua perkara yang aku lakukan aku nak tulis sampai ada satu ketika tu dah terlebih berpuluh ribu perkataan. Sayangnya terpaksa aku kurangkan.

Untuk memastikan setiap penulisan ini ada pengajaran. Aku ambil keputusan untuk menjarakkan hari untuk aku menulis. Paling lewat pon 7-14 hari lah. Itupun jika tiada apa-apa halangan untuk aku mengadap komputer peribadi ini.

Ingat tak? Siri yang lepas aku ada mengatakan yang aku akan berkongsi kenapa aku pilih MLM? Yelah, aku pon tak menyangka jenis perniagaan yang seringkali aku tolak sebelumini kini hampir sebati dalam jiwa aku. Sampaikan ada yang merasakan aku ni dah gila MLM. Apa yang orang persoalkan, hampir semuanya aku menjawap. Dan bila tiada jawapan ada tiga kategori manusia yang aku akan jumpa.

Yang pertama, apabila seseorang itu mengenepikan egonya, mereka akan mendengar apa yang aku katakan. Mereka akan fikir-fikirkan dan akhirnya mereka akan ikut apa yang aku lakukan. Dan ada juga dikalangan mereka yang tak ikut apa yang aku lakukan, namun mereka dah mula sedar bahawa dengan berniagalah untuk menambah sumber pendapatan. Tak kiralah meniaga apa sekalipun. Yang penting mereka dah bermula untuk mematangkan diri.

Yang kedua, apabila seseorang itu yang ada lagi sikap ego dalam dirinya, mereka akan bertanyakan dengan pelbagai soalan. Mereka menepis dengan pelbagai alasan sampai kesudahannya tiada apa lagi mereka nak soalkan dan tiada lagi alasan. Mereka akan berdiam diri. Golongan mereka ini akan memerhati apa yang aku lakukan. Mereka nak lihat sejauh mana aku mampu pergi dengan perniagaan ini. Segelintir daripada mereka nampak aku dah berjaya baru mereka akan ikut. Ada juga segelintir daripadanya tetap dengan pendirian mereka. Bagi mereka, itu dah rezeki aku. Berbunyi jugalah mereka menyatakan, “Alah, dia boleh lah….itu ini.. dot dot dot…” dan bermacam-macam lagi.

Yang ketiga, apabila seseorang itu mempunyai sikap ego kelas pertama. Awal-awal jenis mereka ini akan tolak kehadiran kita. Hampir setahun kita ajak jumpa minum pon, mereka akan tolak dengan pelbagai alasan. Sedangkan, sebelum ini merekalah yang paling rajin ajak kita keluar minum. Tapi, apabila mereka tahu kita buat MLM. Dikalangan mereka ini merasa fobia dan ada juga diantaranya yang dah tobat terus.

Tapi bagi aku tak mengapa, mereka ada sebab mereka sendiri. Kerana sebab musabab itulah mereka taknak bersama kami di dunia MLM ni. Aku tak boleh nak salahkan mereka. Mereka ada pengalaman yang tersendiri. Ada kenangan manis dan buruk masing-masing.

Kini ia menjadi tanggungjawab yang besar kepada diri aku dan rakan-rakan yang terlibat dalam dunia network marketing ini untuk memastikan mereka di luar sana tidak memandang serong terhadap perniagaan MLM ini. Ada yang pandang MLM ini tarafnya dibawah kasut mereka (Macam pemikiran aku dulu-dulu). Sampai begitu sekali. Bagi aku, perniagaan MLM ini setaraf dengan perniagaan profesional. Sama level dengan perniagaan yang taraf tertinggi di dunia. Kini baru aku sedar apa sebenarnya perniagaan MLM. Tak rugi aku memilih jalan ini.

Persoalannya kenapa?

1) Produk berkualiti & Murah
Kita kene pastikan produk yang kita nak beli itu berkualiti. Macam-macam produk yang ada dalam MLM ini, namun kita kene pastikan produk tersebut betul-betul kualiti. Kita kene kaji sendiri atau bertanya kepada mereka yang pernah membeli. Jangan tanya kepada mereka yang tak pernah guna. Sudah tentu lain ceritanya. Kita kene pastikan juga produk yang kita beli ini lagi murah daripada produk yang dijual di luar sana.

2) Modal kecil & sekali
Carilah perniagaan apa yang diluar sana yang modalnya sekecil perniagaan MLM ini? Untuk buka perusahaan IKS pon sekurang-kurangnya paling tidak RM10k-20k. Tetapi, ada juga perniagaan MLM yang perlukan modal sebesar RM20-30k. Dan sekiranya kita tahu apa itu MLM, kita tidak akan terjebak mengeluarkan modal sebesar itu. Kerana modal MLM adalah kecil. Kita perlu tau berapa jumlah modal yang perlu kita keluarkan. Ukur baju di badan sendiri. Mampukah kita mengeluarkan modal sekecil ini?

3) Leverage – Work Smart, Pendapatan Lumayan (Bekerja secara berjemaah, jimat masa)
Tidak menganggu waktu kerja hakiki. Cuma menggunakan waktu masa lapang yang ada. Mengorbankan sedikit masa rehat demi masa depan kita. Bukannya kita jumpa mereka untuk memaksa mereka buat apa yang kita buat. Kita cuma gunakan masa kita itu untuk berkongsi peluang menggunakan produk yang sama. Apa kelebihan dunia network marketing ini. Apa kelebihan menggunakan produk ini.

Satu hari kita cuma gunakan 2 jam aje masa rehat kita untuk menjalankan perniagaan ini. Kalo tengok bola + mengeteh + bercerita tentang orang lain boleh pula habiskan masa berjam-jam.

Salah ke dengan menggunakan masa 2 jam sehari dan dengan itu dan hasilnya kita dapat RM2k sebulan? Dalam masa yang sama pendapatan gaji hakiki kita RM2k juga. So, 2k + 2k = 4k. Sekurang-kurangnya dah bertambah sedikit sumber pendapatan kita. Berbanding dengan perniagaan lain. Kita keluarkan tenaga, masa & duit kita sorang-sorang. Kita berusaha pon sorang-sorang. Yang bantu pun cuma keluarga terdekat. Itupun kadang-kadang dah mula berkira. Dan pendapatan ini akan bertambah sekiranya rangkaian kita makin bertambah. Semakin besar rangkaian kita, semakin besar lah pendapatan kita.

Di peringkat awal, kita banyak habiskan masa untuk menaja. 80% menaja dan 20% untuk mencari ilmu dan servis rangkaian. Setelah dapat kembali modal yang kita keluarkan. Masa kita cuma dihabiskan untuk servis rangkaian kita. Untuk membantu rakan-rakan niaga yang lain. 80% servis rangkaian dan 20% lagi taja itu pun sekiranya ada. Dan sampai satu ketika pendapat kita mula pasif. Tanpa membuat apa-apa pun kita mendapat hasilnya. Itulah yang orang kita nak. Tetapi orang kita tak mahu berusaha. Yang mereka tahu mereka nak ikut serta TETAPI mereka nak Duduk Diam-Diam Doa Dapat Duit. Sindrom ini dinamakan Sindrom 6D yang pernah meletup suatu ketika dahulu pada tahun 2007. Tak payah aku ceritakan program apa, korang carilah sendiri jawapannya.

4) Orang ke Orang (Tanpa orang ketiga)
Perniagaan ini dinamakan perniagaa daripada orang ke orang. Tiada orang ketiga yang ambil kesempatan untuk mencari keuntungan masing-masing. Cuba bayangkan harga sabun yang kita guna selama ini jika kita lihat dikilang harganya jauh lebih rendah. Tetapi kita tak boleh beli dengan harga kilang. Kita tetap kene beli di kedai mahupun pasaraya. Daripada kilang ke pemborong. Daripada pemborong hantar ke kedai/pasaraya. Dah berapa banyak kos yang kita rugi jika pemborong ambil keuntungan 5% + kedai/pasaraya 5%. Sebab itu kita lihat di luar, barang kawalan sering tak mencukupi. Pernah kita salahkan kilang? Pernah kita salahkan pemborong? Pernah kita salahkan yang tukang jual di kedai/pasaraya? Kebanyakannya mereka ini menyalahkan pihak jabatan yang bertanggungjawap kerana tak mengatasi masalah ini. Namun, sedarkah mereka ekonomi ketika ini dipegang oleh siapa? Kenapa mereka boleh suka-suka nak keluarkan berapa banyak/sikit yg mereka ada? Kenapa keadaan ini berlaku? Jika kita sedar, jika banyak persoalan, jika kita mengambil sikap tidak menyalahkan orang lain akhirnya kita akan ketahui bahawasanya kesilapan itu berpunca daripada kita sendiri.

Cukuplah setakat ini dahulu. Ada kelapangan masa nanti aku tambah lagi. Mata dah mula mengantuk dah ni. Esok nak kerja lagi. Diharapkan dengan penerangan serba ringkas ini dapat membuka mata dan fikiran. Dapat merubah fikiran dan sikap kita yang selama ini banyak melakukan dosa-dosa secara tak sengaja mahupun sengaja.

Mudah-mudahan Allah merestui dengan apa yang kita lakukan. Insya Allah.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016