Didaktik 35

Comments: Comments Off
Published on: 15/06/2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sehingga ke hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Tadi baru jek nak menulis blog, dapat panggilan daripada kakak angkat yang kini berada di Johor Bahru dapat jual satu set Portal Score A Programme. Alhamdulillah, selama sebulan beliau berikhtiar, baru hari ini beliau dapat.

Aku cukup bersemangat melihatkan semangat beliau yang tak pernah luntur walaupun beliau diduga dengan bermacam-macam dugaan dan cabaran. Hanya beliau sahaja yang dapat merasakan betapa peritnya hidup dengan keadaan sebegitu rupa. Ada ke kawan-kawan beliau yang sentiasa bersama sebelum ini membantu? Aku tak pasti, yang pastinya beliau masih lagi dalam belenggu untuk meneruskan kehidupan bersama anak tersayang.

Aku pun buntu, mana nak cari duit bila terdesak disaat kita memerlukan. Ada ke orang nak bantu? Dengan orang yang meminjam dengan kita lagi lah susah, mereka pun bukannya berduit sangat. Persoalannya ada ke tempat kita nak bergantung? Orang macam aku, nak bergantung dengan keluarga memang susah. Keluarga pun bukannya senang. Nak taknak aku kene ikhtiar dengan cara lain.

Pernah tak kita terfikir, kenapa pencuri itu mencuri? Pernah tak kita selami hati nurani mereka? Cuba kita renung sebentar kenapa pencuri mencuri? Kenapa seseorang itu sanggup menjadi perempuan simpanan, kenapa orang itu sanggup duduk di kaki lima dengan pakaian compang camping meminta sedekah? Kenapa mereka pecah rumah? Kenapa mereka sebegitu? Cuba bertanya pada diri kita, pernahkah kita memikir nasib orang lain? Soalan itu hanya kita sahaja yang mampu menjawap, bukan orang lain.

Tadi datang seorang pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah datang ingin mendapatkan bantuan dan sumbangan sekiranya ada. Adik beradik ramai. Mendengar kata-kata beliau aku rasa teruja ingin membantu tapi dengan apa untuk aku membantu. Beliau perlu berdikari tanpa bantuan apa-apa, tidak dapat duduk di kolej jauh daripada keluarga pula tu.

Sebenarnya situasi sebegini memang selalu aku lalui. Sentiasa didatangi mereka yang bermasalah daripada segi kewangan. Terlalu ramai lebih-lebih lagi orang Melayu, bangsa aku sendiri. Aku pun mula akui, aku sendiri sudah didatangi musibah satu persatu berkaitan masalah kewangan ni. Dulu, masa datangnya peluang aku buat taktau jek. Bila orang ajak untuk mengubah nasib aku pon dikalangan mereka yang selalu kata ya, tapi datang dengar pun tidak.

Inilah balasan yang aku terima sebelum ini. Banyak dosa-dosa silam yang perlu aku tebus. Dulu orang ajak aku taknak. Kini aku ajak orang taknak. Aku tak boleh nak kata-kata apa. Mereka ada hak mereka sendiri. Mereka ada kehidupan mereka sendiri. Dan mungkin pada masa ini mereka rasa cukuplah rezeki itu untuk diri mereka sekeluarga.

Aku teringat kata kawan TKO, spermaximus yang mengatakan orang MLM ni memang semangat motivasinya tinggi. Ya, Alhamdulillah aku akui memang orang Network Marketing ni semangatnya tinggi. Bukan itu sahaja, banyak lagi yang tersirat yang aku dapat dalam dunia perniagaan Network Marketing ni. Semangat merupakan salah satu faktor kejayaan seseorang. Banyak lagi faktor untuk memastikan matlamat setiap orang yang berjaya itu tercapai. Bukan sekadar semangat sahaja. Ilmu pun kena ada. Tanpa ilmu, kita tak ke mana.

Teringat masa lalu aku menceburkan diri dalam dunia fotografi. Sedangkan aku taktau apa-apa itu fotografi. Berbekalkan semangat ingin tahu aku dapat juga serba sedikit ilmu fotografi. Namun tidak semudah itu untuk berjaya dalam dunia fotografi. Berlambak-lambak lahirnya photog yang datang dari pelusuk negara. Banyak masa yang aku perlukan untuk mengutip ilmu fotografi. Banyak wang yang aku perlu laburkan. Kekangan masa yang kadangkala membuatkan aku rasa aku gagal untuk meneruskan perjuangan ini. Namun aku tetap teruja dengan hasil fotografi yang merupakan salah satu cabang seni untuk melahirkan kreativi tersendiri. Aku terpaksa berehat seketika dalam dunia ini.

Ada banyak perkara yang perlu aku dahulukan. Perkara pokoknya adalah untuk meningkat taraf ekonomi aku sendiri. Dengan cara apa? Nak berniaga kena ada modal? Banyak ke modal yang aku ada? Taklah banyak sangat, dalam masa aku tercari-cari perniagaan apa yang harus aku mulakan.

Akhirnya melalui pertemuan, rujukan dan pertanyaan aku memilih MLM sebagai wadah perjuangan perniagaan aku. Kenapa MLM??? Nanti aku ceritakan di siri yang akan datang. Insya Allah, mudah-mudahan aku diberi kesempatan untuk berkongsi dengan kawan-kawan.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016