Didaktik 34

Comments: Comments Off
Published on: 11/06/2010

Pertemuan yang manis dan sukar nak digambarkan apabila berpeluang mendapat sesuatu yang tak dijangka sama sekali.

Semalam aku ke Johor Bahru untuk menghadiri BOOM Score A di Setia Tropika, JB. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Semakin bertambah rakan niaga semakin kurang beban yang dirasa. Apa taknya, segala masalah dikongsi bersama. Jika dulu ada masalah, kene selesaikan sendiri. Inilah hebatnya Network Marketing. Nak ilmu tanya dengan orang atas. Nak dapatkan pendapatan tolong orang bawah. MLM bukan Meniaga Larut Malam, bukan Member Lanyak Member. MLM adalah Meniaga Lain Macam dan Membantu Lebih Menjayakan. Banyak orang salah faham tentang MLM termasuk diri aku sendiri sebelum ini. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal terus tergila-gila.

Perjalanan balik seperti biasa aku akan singgah di R&R Machap untuk menunaikan solat. Sebelum itu aku ke tandas dahulu. Aku terdengar sayup bunyi seruling entah datang dari mana. Aku menyangkakan pencuci tandas yang biasa aku temui itu buka radio. Aku mencari dari mana arah seruling itu berbunyi. Sayu hati dengar bunyi seruling yang aku dapat rasakan luahan isi hati peniupnya.

Bila aku menghampiri aku dengar makin lunak bunyinya. Pemuda itu memberhentikan tiupan serulingnya. Dan disitulah permulaan aku berbicara dengannya. Aku mulakan dengan pertanyaan dari mana dan katanya dari Johor Bahru. Soalan seterusnya aku bertanya nak ke mana dan dia menjawap mengikut kaki nak melangkah ke mana, mengikut hati mana nak pergi.

Segala kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya terlalu berkias. Dalam kepala aku dah berputar berfikir jangan bukan-bukan dah lah. Kebetulan masa itu jam dah menunjukkan 2.30 pagi. Nasib baik kat tempat terang.

Aku bertanyakan pula dah berapa lama dia main seruling? Jawapnya baru 6 bulan. Ramai orang tau seruling tapi tak ramai yang tahu apa itu seruling, kenapa dalamnya kosong tapi mengeluarkan bunyi yang merdu. Aku terpegun dengan kata-kata beliau. Lantas aku mendengar sahaja cerita beliau berkaitan seruling.

Kemudian beliau mulakan cerita seorang gembala kambing yang didatangi harimau di setiap penjuru. Tak sempat untuk aku ceritakan kesemuanya, tetapi setiap cerita yang dibawakannya mendatangkan maksud yang begitu mendalam sekali.

Kerana banyak yang dikongsikan beliau aku menghadiah sesuatu untuk beliau. Sesuatu benda yang aku dapat sebelum ini yang membuatkan aku berubah. Banyak perubahan yang berlaku pada diri aku disebabkan benda itu. Aku rasa aku wajib juga berkongsi dengan beliau memandangkan beliau juga sedang menghadapi musibah. Satu soalan buat aku terdiam, huruf Alif itu datang dari mana? Erk, kenapa dia tanya macam tu? Banyak lagi soalan yang membuatkan aku nak jawap berfikir panjang.

Katanya, dulu waktu bujang dia rajin berjalan, merantau. Kini dia bujang kembali aku ingin berjalan lagi. Bujang kembali? Aku bertanyakan apa maksud abang? Beliau menyatakan beliau baru sahaja bercerai. Maklumlah, aku orang kampung, orang susah, siapa yang nak pandang aku. Tapi aku melihatkan cara beliau berpakaian bukan calang-calang orang. Persoalan yang sentiasa bermain difikiran aku kenapa beliau berkata begitu sedangkan aku merasakan beliau cukup segala-galanya. Itulah dugaan dan cabaran dalam kehidupan, mungkin ada sejarah silamnya, mungkin ada cerita disebaliknya perceraian itu berlaku. Aku tak mahu tanya lebih lanjut kerana sebelum ini aku ada bertanyakan masalah yang dihadapi oleh kawan aku di FB. Lebih kurang sama, masalah keluarga. Ada juga yang bermasalah di tempat kerja.

Aku tak dapat duduk lama dengan beliau kerana aku masih lagi belum menunaikan solat. Aku mohon diri untuk mendirikan solat dan dia mohon maaf kerana menganggu masa aku. Aku pun begitu. Dia mempelawa aku ke keretanya. Ya Allah, kereta mewah. Jarang orang yang mewah sebegini begitu merendah diri sikapnya. Dalam keretanya penuh baju dan bantal sekali. Aku bertanya abang nak tidur di mana malam ini. Dia menjawap, tak pasti lagi. Tengoklah kat mana mengantuk kat situ lah dia berhenti untuk tidur.

Beliau menghadiahkan sesuatu pada aku dan nasihat beliau cuma 2 perkara sahaja. Yang pertama, jangan buka sampul ini dan yang kedua jangan jual barang ini. Beliau menekan sedikit suara tanda amaran. Dalam kepala aku dah mula berfikir apakah benda ini? Sampai sekarang aku masih lagi memikirkan dan perasaan ingin tahu itu terlalu membuak-membuak. Namun pesanan itu aku akan cuba laksanakan. Insya Allah, amanah orang aku perlu jaga sebaik-baiknya. Mudah-mudahan tanggungjawap yang diberikan oleh beliau mampu aku pikul.

Nampak macam ringan, jangan buka dan jangan jual! Meremang bulu roma aku. Insya Allah, Aku cuba sebaik mungkin. Aku bersyukur kepada Tuhan atas pertemuan ini yang tak disengajakan. Aku menghargai atas pemberian beliau, dan aku juga berharap beliau juga menghargai atas pemberian aku yang tak seberapa. Walaupun tiada cop sirim namun isinya amat bermakna.

Mudah-mudahan Allah merestui apa yang kita lakukan. Insya Allah.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016