Didaktik 32

Comments: Comments Off
Published on: 05/06/2010

Alhamdulillah, hari ini hari yang gumbira buat diri aku. Yang pertamanya, esok Sabtu, isteri aku akan balik umah. Kursus dah selesai. Lega hati aku, walaupun esok dia balik, tapi esok pula aku ke KL, tak dapat jumpa orang rumah. Yang penting, anak-anak dapat melepaskan rindu dahulu dengan orang umah.

Yang keduanya, Along rakan niaga yang pertama bersama-sama dengan aku sebelum ini telah kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini setelah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.

Ketiga, salah seorang kawan baik aku, Edo pun telah bersama-sama dengan aku untuk mengecapi kejayaan secara bersama. Alhamdulillah, walaupun beliau mengambil masa yang agak lama untuk bersama-sama dengan aku, tapi kini hati beliau dan isteri telah terbuka untuk turut serta. Aku tak menyangka, beliau yang cukup marah dengan aku apabila aku cerita pasal Score A ni akhirnya beliau bersedia untuk bersama.

Ingat lagi waktu mula-mula aku ajak beliau bersama. Bukan main ketat lagi muka dia. Tapi kini, aku bersyukur sangat-sangat apabila Tuhan akhirnya makbulkan juga doa yang aku selalu baca setiap kali selesai solat.

Keempat, esok Leader aku yang hebat dan merupakan orang yang bertanggungjawap memaksa aku untuk buat bisnes ini akan naik pentas esok malam sempena dinner yang dianjurkan oleh ZRB Centre di Palace Of The Golden Horses, KL. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak makan malam kt tempat-tempat macam ni. Yalah, biasanya orang2 yang berada jek yg dapat makan kat sini. Lagi satu, walapun pada mulanya aku dipaksa, akhirnya aku terpaksa dapat pendapatan yang telah membuka pintu hati aku untuk menceburi diri dalam bidang network marketing ini. Kenapalah aku pandang serong pada orang yang buat Network Marketing sebelum ini ya. (jawapannya dah dijawap sebelum ini)

Yang kelimanya, kehadiran Naim dari KL, seorang anak muda baru berumur 20 tahun turut hadir Preview Score A di Segamat tadi amat menggembirakan aku. Apa taknya, korang bayangkanlah, dengan umur 20 tahun bulan lepas pendapatan sebulan beliau hampir 21k. Agak-agak kitalah kan, umur macam tu dah boleh berpendapatan sebegitu ke?? Alhamdulillah, dengan kehadiran beliau sekurang-kurangnya ia dapat membuka mata sesetengah orang bahawa siapa sahaja yang MAHU berjaya Insya Allah akan berjaya. Yang penting buat ajek!

Yang keenam, selesai sahaja preview Lin (Isteri Edo) ajak jumpa kawan dia. Alhamdulillah, rajin betul Edo dan isterinya ni. Selalu ajak aku berkongsi dengan kawan-kawan dia. Yang paling best apabila aku lihat reaksi kawan dia yang berubah 360 darjah apabila melihat kami duduk semeja. Apa tak peliknya, aku dengan baju kemeja lengan panjang. Dia bertanya, baru balik kerja ker? Rajinnya. Alhamdulillah, berkat kerajinan ini lah datangnya rezeki itu.

Pengalaman yang paling menyeronokkan adalah apabila aku berbicara dan meminta izin untuk bercerita berkongsi apa yang kami lakukan, terus beliau berubah muka serta merta dan terus bagi duit bayar duit minuman yang mereka minum. Erk! Mereka terus minta izin untuk balik kerana hari dah lewat malam. Aku senyum sendirian.

Inilah salah satu situasi dan pengalaman yang pertama kali aku dapat. Aku belum pernah jumpa orang yang kita baru minta izin untuk cerita pasal Score A, dia terus nak balik. Aku tanya sekali lagi, betul ke taknak dengar, dan jawapan yang cukup ringkas diberikan. Ya! Alhamdulillah, jimat masa aku.

Kenapa aku kata jimat? Sebab awal-awal mereka dah tutup minda mereka untuk mengetahui peluang yg ada, untuk apa kita kongsi, bagi aku membazir masa. Tunggulah saat mereka mengadu merungut apabila mereka dah rasa tertekan dalam pekerjaan mereka.

Maklumlah, seorang baru kerja setahun dua sebagai kerani di sebuah bank. Seorang lagi pensyarah di sebuah institusi pengajian awam. Masing-masing tengah kenyang. Hulur makanan, semua tolak. Itulah perkara biasa yang aku lalui setiap hari, dan aku tak menyangka hari ini belum cerita pasal peluang lagi orang dah tolak bulat-bulat.

Bagi aku, itu hak masing-masing dan aku tak boleh nak berkecil hati dan marah kepada mereka. Itu adalah pilihan hidup mereka. Hak kita membuat keputusan untuk diri kita. Dan kita tak boleh nak salahkan orang lain apabila kita tak dapat sesuatu yang kita nak suatu hari nanti. Pilihan di tangan kita.

Persoalannya, kenapa sekarang kita selalu sahaja mendengar rungutan orang yang seringkali menyalahkan orang lain??? Sedangkan pilihan itu adalah pilihan kita. Fikir-fikirkanlah sebaik-baiknya kerana segala perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui.

Siapalah aku untuk menasihati orang lain, sedangkan diri aku sendiri terumbang ambing. Namun begitu aku masih lagi memberi peluang kepada orang lain untuk berkongsi. Tetapi bukan mudah untuk mereka mengajak aku turut serta kerana 1001 soalan memang dah tersedia. Sekiranya 1001 soalan itu tak terjawap, maka peluang itu takkan aku sertai. Jumpa lagi!

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016