Didaktik 31

Comments: Comments Off
Published on: 03/06/2010

Lama sungguh aku tak menaip di blog ini. Online memang sempat, tapi tengok Score A, K-Office, emel dan muka buku jek hari-hari. Jengah-jengah TKO sempatlah, teringin nak reply tapi tak sempat. Maklumlah, orang umah tiada seminggu ni. Semua benda dah macam tak terurus. Barulah terasa betapa pentingnya isteri disamping kita.

Ada orang terdahulu sentiasa ingatkan aku. Dan melalui pengalaman-pengalaman yang lalu banyak aku dapat pelajari.

“Acik, orang perempuan (isteri) ni kalo tiada suami, dia boleh hidup, tetapi kalo orang lelaki (suami) ni tanpa isteri memang tak tentu arah kehidupan dia,” kata orang tu.

Ya, betullah. Biras aku Abg Long yang kematian isteri setahun lepas. Nasib baiklah jenis orangnya memang pandai bawa diri. Mana taknya, nak membela anak 3 orang. Yang paling tua baru berumur 7 tahun. Macamana tu? Beliau bernasib baik kerana 2 tahun sebelum arwah meninggal hubungan anak tu memang rapat dengan bibik. Memang anak-anaknya selalu bertanya. Mana mama? Bila anak-anaknya bertanya sahaja mesti dia bawa anak-anak dia pergi ziarah kubur isterinya. Dia nak anak-anak dia tau yang mamanya telah kembali ke rahmatullah.

Tak dapat aku nak gambarkan masa tu, aku memandu seorang diri waktu pagi dari rumah apabila isteri aku mengatakan along dan meninggal. Aik? Menjadi tanda tanya pada diri aku. Semalam atok Yot (Atuh orang umah). Along ok jek aku tengok.

7 pagi 20 April dapat panggilan daripada Abg Long, katanya kak long pengsan. Orang umah aku tergesa-gesa minta izin keluar untuk melawat kak long di hospital. Hati aku dah tak sedap. Pagi ni orang umah aku memang dah berjanji dengan kak long untuk ke pasar membeli bahan basah untuk buat kenduri doa selamat di rumah atuk.

Bila sampai di hospital orang umah telefon mengatakan Kak Long dah meninggal dunia. Innalillah.. aku jadi tak tenteram memikirkan hal keluarga orang umah aku. Semalam atuk, arini kak long. Bagaimanalah perasaan mereka semua lebih-lebih lagi mak mertua aku yang kehilangan maknya dan anak sekelip mata. Atuk meninggal sakit tua. Kak long meninggal ketika tidur. Memang saat itu banyak mengajar aku erti ketabahan dalam menangani situasi keadaan sedemikian. Walaupun mereka keluarga mertua. Aku tak dapat menahan air mata.

Apa taknya, aku sedih sangat. Sebab kak long ada minta gambar raya sekeluarga. Aku tak sempat nak cuci gambar tersebut sehingga beliau tiada. Walaupun aku dengan kak long jarang sekali bercakap, tak bermakna kami ni tak bertegur sapa. Aku betul-betul ralat masa tu. Sebab tu kalo aku nampak anak-anak kak long pasti air mata aku akan meleleh dengan sendirinya.

Dengan pengalaman yang aku lalui itulah aku mula mencari jalan untuk membahagiakan semua keluarga aku. Aku perlu berubah demi masa depan aku, keluarga dan orang di sekeliling aku. Aku perlu berusaha, aku perlu teruskan usaha walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang aku terima. Keluargalah sebagai suntikan semangat aku lebih-lebih lagi anak-anak dan isteri aku. Bila aku lemah semangat, aku lihat muka mereka, semangat aku datang kembali. Aku buat semua ini untuk apa? Untuk isteri, anak-anak dan keluarga aku.

Yang sebenarnya, aku rindukan isteri aku. Hari ini dah hari Khamis. Lamanya rasa nak tunggu hari Sabtu.

zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016