Didaktik 30

Comments: Comments Off
Published on: 01/06/2010

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini badan sihat seperti biasa. Namun minda berfikir sentiasa. Kadang-kadang penat juga kerja berfikir ni kan. Lebih penat daripada kerja-kerja yang melibatkan fizikal ni.


Hari minggu hari tu hantar orang rumah berkursus di Kuala Lumpur. Ni dia baru sms. Boring, nak pergi jalan-jalan dengan kawan sekursus. Yelah, siang ajek kursusnya. Malamnye takde apa-apa aktiviti. Takpelah, bukannye selalu dia dapat berjalan. Suaminya asyik sebok jek manjang. Kasik peluang untuk dia berehat. Tahun depan nak bersalin pula. Dah tambah lagi seorang anak.

Semalam aku jumpa seorang kawan. Apa yang aku lihat dia memang cepat duplikasi apa yang aku buat. Dia tak ikut aku buat bisnes. Tapi perjalanan hidup dia lebih kurang dengan kehidupan aku. Yang beruntungnya dia dah bekerjaya dengan apa yang dia minat. Tapi aku cuba bertanyakan pada beliau. Sampai bila dia larat? Bukan aku suruh dia berhenti kerja. Aku cuma bagi pandangan untuk memastikan masa muda ini lah kita mencari seberapa banyak simpanan yang boleh untuk diwarisi oleh anak-anak. Sekurang-kurangnya, kita tak tinggalkan beban hutang pada isteri dan anak-anak.

Beliau hanya mendengar sahaja apa yang aku cakap. Tiada sebarang bantahan pun. Mungkin beliau memikirkan kembali apa yang aku perkatakan. Isterinya yang banyak bagi respon. Yalah, bab-bab pengiraan ni memang isteri beliau terror. Maklumlah kerja bank. Alhamdulillah, beliau suami isteri bersetuju untuk bersama-sama dengan kami. Insya Allah, kami akan bantu.

Selepas itu baru aku ke Muar untuk berjumpa dengan prospek Shah di sana. Alang-alang Shah nak bawa jumpa kawan dia, aku pun ajak kawan-kawan aku sama. Alhamdulillah, respon yang positif aku terima daripada mereka. Kami bersembang berkongsi pendapat sampai jam 4 pagi. Tak perasan pun dah lewat pagi. Seronok sangat berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing.

Dalam perjalanan balik aku teringat kata-kata Jason Kok, CEO Kenshido. Orang yang bertanggungjawap dalam bidang perniagaan yang aku ceburi ini. Jangan lihat yang tersurat. Cuba lihat yang tersirat, apa yang kamu dapat apabila kamu menceburkan diri dalam bidang networking ni. Memang Score A, anak boleh pandai. Kamu boleh dapat duit untuk simpanan anak-anak. Tapi kamu lihat, apa yang kamu dapat sepanjang penglibatan anda dalam perniagaan ini.

Terlalu banyak sangat yang dapat kebaikan di sini. Tak tertulis rasanya. Nak tulis kadang-kadang tak teringat. Bila tak tulis kang langsung tak ingat. So, nak taknak aku dapat catitkan sedikit demi sedikit jadiklah. Sebab itu aku tak tulis kat buku. Nanti kat mana-mana aku letak aku pon lupa. Tulis kat blog ni hari-hari leh tengok. Bila-bila masa dan di mana sahaja yang penting ada kemudahan internet. Macam score A juga. Tak payah nak bawa buku latihan ke hulu ke hilir. Kan lebih mudah, berkesan dan jimat!

zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016