Didaktik 3

Comments: No Comments
Published on: 27/04/2010

Semakin banyak yang ingin aku ketahui, semakin banyak pula tanggungjawab yang perlu aku galas. Semakin banyak aku tahu semakin banyak aku rasa berdosa selama ini. Semakin ramai aku jumpa orang, semakin hari semakin aku kenali diri aku ini terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan orang lain. Rasa diri ini banyak lagi kekurangan.

Alhamdulillah, setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebalik kejadian. Itulah yang selalu aku tanamkan dalam diri aku. Tiada seorang pun insan yang menempuhi kejayaan tanpa kegagalan. Kejayaan seseorang itu bukan terletak berapa besar poketnya, tetapi pengukur kejayaan setiap orang itu berdasarkan berapa lama dia bertahan dalam bidang perniagaan yang ditempuhinya.

Bos, minta maaf guna kan masa terluang nak coretkan serba sedikit kisah semalam. Takut, malam ni tak sempat nak ceritakan memandangkan aku perlu ke Johor Bahru selepas habis waktu kerja nanti. Kepercayaan yang diberikan oleh orang memang WAJIB untuk aku hargai.

Semalam aku agak lewat datang ke pejabat, urat-urat badan sengal-sengal ubi. Mana taknya, 10 jam duduk dalam kenderaan. Peh, naik kematu punggung aku! Tapi tak mengapa, bos selalu pesan. Aku tak kisah kau nak buat apa, yang penting kerja yang aku bagi kau siapkan. Itulah kata-kata yang selalu bermain kat fikiran aku.

Walaubagaimanapun, kadang-kadang aku perasan yang bos aku terasa berlaku perubahan yang amat besar kat diri pekerja dia seorang ni. Perkara ini disampaikan sendiri oleh abang aku. Bukan untuk siapa pun, aku buat ini semua untuk orang disekeliling aku.

Balik kerja petang semalam aku ingat nak ke Sungai Mati, Muar berjumpa dengan rakan yang telah agak lama tak bertemu setelah beliau mendirikan rumahtangga. Kebetulan, beliau merupakan salah seorang guru di sana.

Tetapi, seperti kebiasaan, kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Pertemuan semalam terpaksa dibatalkan kerana ada pertemuan lain yang memang patut aku dahulukan.

Syukur Alhamdulillah, dari sehari ke sehari semakin bertambah kepercayaan orang terhadap diri aku. Maka semakin bertambah lah tanggungjawab aku. Aku perlu pastikan tiada masalah yang berlaku. Segala layanan semestinya yang terbaik. Aku tak mau, orang kata aku ni sama dengan orang lain. Habis madu sepah dibuang.

InsyaAllah, aku cuba sebaik mungkin. Doakanlah kejayaan buat diri aku, keluarga aku, kumpulan aku dan Umat Islam di dunia ini.

Malam ini aku diberi tanggungjawap untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang datang untuk mengetahui apa itu kebaikan yang ada dalam Score A Programme. Aku rasa, aku belum layak untuk berkongsi dengan mereka jika nak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin lain yang telah mencapai matlamat masing-masing.

Bagi aku, matlamat jangkamasa masa panjang aku masih belum tercapai. Kerana ramai lagi rakan-rakan niaga aku yang masih belum mencapai matlamat jangkamasa pendek mereka. Sebab itu aku kata, aku masih belum berjaya selagi mereka tidak berjaya. Seperti kata ikon Kenshido, “simpan apa yang kita mahu, bantu dptkan apa yang mereka mahu”.

InsyaAllah. Jumpa anda dipuncak kejayaan!



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Friday, 09/12/2016