Didaktik 29

Comments: Comments Off
Published on: 31/05/2010

Aku dok baca balik apa yang aku tulis ni kengkadang kelakar juga. Betul ke aku yang taip semua ni? Macam tak percaya pun ada juga, sebab apa? Dulu masa sekolah bukan main susah nak tulis karangan. Puas mengira, asyik tak cukup perkataan jek. Tapi kini, bila sekali menaip dah tak reti nak berhenti. Ada jek yang nak diomelkan.

Hari ini aku kene hantar orang umah ke Kuala Lumpur, kena pergi kursus. Ikutkan hati memang tak kasik nak pergi. Yelah, aku dah lah balik lewat malam. Nanti anak-anak nak bermanja dengan siapa? Kesian aku tengok anak-anak aku ni. Tapi apakan daya, nak tak nak kena benarkan juga orang rumah pergi kursus. Nanti kena pergi kursus jugak. Baik pergi Kursus tu sekarang.

Biasalah aku, jika ke suatu tempat memang plan 3 dalam 1. Seperti biasa akan ku offer di Facebook jika ada sesiapa nak jumpa. Tetapi kebiasaannya memang tiada lah. Dalam masa yang sama aku dah sms kepada semua kawan-kawan lama yang ada di KL. Kalo free boleh jumpa. Nampak gayanya masing-masing tak reply. Aku cuba call mana yang aku teringat. Kebanyakannya tak berangkat. Jangan berharap lah jawapannya. Redah ajek.

Inilah kebiasaan yang aku lalui sejak dua menjak ini. Aku pun tak pasti kenapa? Adakah mereka menjauhkan diri daripada aku atau masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Lebih-lebih lagi di hari minggu habiskan masa untuk bersama keluarga masing-masing. Yelah, mungkin begitu agaknya. Kita perlu berfikiran yang positif. Kadangkala pemikiran ini terpesong juga ke arah yang negatif. Aku pun manusia juga. Alhamdulillah, yang positif masih melebihi. Sebab tu aku suka nasihatkan orang. Itupon kalo orang nak dengar. Aku cuma berkongsi pengalaman ajek.

Lagi besar matlamat, lagi besar cabaran yang perlu dilalui. Itulah hakikat yang aku perlu tempuhi. Insya Allah, berbekalkan semangat dan kudrat, aku hanya mampu berdoa kepada Allah swt agar mereka diberi petunjuk dan hidayah. Insya Allah. Mudah-mudahan usaha ini diberkati. Amin

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016