Didaktik 27

Comments: Comments Off
Published on: 29/05/2010

27 Mei 2010

Ada orang kata, orang yang rajin melayan blog ni dah macam syok sendiri. Ye ke? Syok sendiri pon syok sendiri lah, bukan diaorg yang bagi makan aku punya anak bini. Aku rasa nak menulis kat diari memang tak dan lagi dah. Baik tulis kat sini jek. Bukan sekadar untuk tatapan orang. Tapi yang penting adalah tatapan peribadi. Sekurang-kurangnya bila aku baca aku dah boleh gelak sendiri.

Hari ini Khamis, banyak juga perancangannya. Tapi segala-galanya tak menjadi. Yalah, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Yang penting kita berusaha sedaya upaya. Sepatutnya pergi Felda Maokil, tapi perancangan terpaksa dibatalkan atas sebab kawan ni tak bersedia lagi. Sepatutnya juga, malam ni Shah nak bawa jumpa kawannya. Pun tak menjadi juga.

Itu semua perkara biasa, namun aku dah bersedia berbanding sebelum ini. Aku tak boleh mengharapkan orang lain. Bisnes ini bisnes aku sendiri. Aku cuba sedaya upaya untuk dapatkan seorang malam ini.

Alhamdulillah, bukan sorang. Daripada seorang jadi dua. Daripada dua kepada tiga. Last-last berkumpul beramai-ramai bersama member sehobi. Mulanya aku jumpa Edo, yang dah agak lama aku tak dapat berjumpa dengan beliau. Alhamdulillah, beliau bersedia memberi komitmen bersama-sama kami. Kemudian tengah bersiap nak balik terserempak dengan Wak Acip, terus sambung sembang lagi.

Selesai jek jumpa Wak Acip aku terus ke Dataran untuk melihat persiapan. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sedang pusing-pusing nak pulang ke rumah terserempak pula dengan Aidil dan kawannya. Sambung lagi sembang. Jam dah 12 lebih, aku ingat aku nak balik. Tapi tulah, kita hanya mampu merancang. Dalam perjalanan nak balik, Zali dari Muar kebetulan balik kampung di Segamat telefon ajak keluar minum. Untuk tidak mengecewakan rakan seorang ni, aku pun patah balik untuk minum bersama dengan Zali.

Akhirnya daripada segala perancangan yang tak menjadi sebelum ini telah memberi banyak kesedaran pada aku bahawasanya Tuhan itu maha adil. Kita buat sahaja, berusaha bersungguh-sungguh, berdoa agar diberi tunjuk dan jalan. Alhamdulillah, jalan itu memang lurus buat aku. Terima kasih

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016