Didaktik 26

Comments: Comments Off
Published on: 27/05/2010

“Papa, tv rosak… nanti papa beli tv baru eh?” Erk! Biar betul tv rosak. Aku tanyakan pada org rumah, apa yang rosak tv tu? “Astro tak boleh nak tengok lah tu. Sebab tu Za'im cakap tv rosak,” kata orang umah aku.


Hahahaha..memang dah dua bulan aku tak bayar. Tergelak aku sorang-sorang. Semalam bil api nak kene potong. Hari ini bil astro pula. Kesian pula kat anak aku sorang tu. Niat dihati memang nak potong jek astro tu, membazir jek banyak channel. Bukannye aku tengok tv pon. Buka CIMBclikcks terus bayar online. Lepas ni entah apa pula yang kene potong.

Sejak menjalankan bisnes ni masa aku agak terhad. Kalo betul pon ada waktu rehat cuma untuk lelapkan mata ajek. Itupun kalo perjalanannya jauh dan ada rakan niaga yang ingin temankan. Dapatlah lelapkan mata sekejap. Alhamdulillah, sejak menjalankan perniagaan ini juga kesihatan aku jarang sekali terganggu walaupun tidur tak cukup. Sejak sekian lama aku dah tak minum air sejuk lagi dah. Nak jaga badan orang kata. Alhamdulillah, dah menjadi rutin memang aku takkan minum air batu. Kecuali berkunjung di rumah orang yang menyediakan air sejuk. Segan pula nak minta air panas atau air kosong. Minum kat kedai pon kurang-kurang kene 2 gelas, 1 air kosong dan 1 lagi air yang bergula. Takkan duduk kat warung lama-lama minum air kosong ajek kan. Nanti kene halau pulak.

Semalam rutin seperti biasa, kerja….kerja…kerja dan kerja. Tiada yang kurang. Tak sempat nak siapkan yang lain dah menyusul pula kerja lain. Tak mengapalah, itu dah memang menjadi satu tanggungjawap kita sebagai pekerja. Tak boleh nak merungut. Nak merungut buat apa? Dulu masa minta kerja bukan main lagi. Bila bos tanya semuanya boleh. Tapi bila dah masuk setahun dua bekerja mulalah masing-masing nak berkira.

Petang punya nak jumpa rakan niaga aku. Sambil ngeteh kat Warung Warisan Tok Mak. Aku tiap-tiap hari lalu lalang warung ni. Tapi tak pernah menjamah makanan di sini. Mungkin salah satu faktornya dekat dengan rumah mak aku. Kita ni kadang-kadang nak ngeteh suka cari tempat yang sepesel sikit. Nak yang jauh dari rumah. Tapi aku taknak menyusahkan rakan niaga aku, aku jumpa mereka di situ sahaja untuk membincangkan perkara-perkara mendatang.

Kemudian malamnya pula aku perlu ke Parit Raja, Batu Pahat. Tetapi ada mesyuarat yang aku perlu hadir. Puas fikir, akhirnya aku buat keputusan tak jadi nak ke Parit Raja. Namun, bila aku dah hadir ke mesyuarat tersebut hati aku mula berubah. Aku wajiib datang ke Parit Raja ni. Lagipun rakan niaga aku baru lagi. Aku perlu beri tunjuk ajar serba sedikit.

Mesyuarat belum bermula aku dah bergerak ke Parit Raja sebab mesti sampai sebelum 10.30 malam. Kelajuan yang agak maksimum. Alhamdulillah, sampai dalam jam 10.20pm.

Tapi aku tak bernasib baik kerana preview di sini baru sahaja selesai. Aku telefon rakan niaga aku. Alamak! Dia dah bergerak ke Kluang. Nak taknak aku kene jumpa juga. Sebab dia bawa orang baru. Aku mesti jumpa kawan yang dia bawa tu. Terpaksa lah aku berkejar ke Kluang untuk bertemu dengan Haji Rahman.

Sembang punya sembang, Cikgu Zainal, bekas tentera yang aku jumpa semalam pon datang juga. Seronok mendengar pengalaman orang yang terdahulu ni. Aku lebih banyak mendiamkan diri mendengar kisah hidup mereka. Alhamdulillah, kesemuanya positif dengan apa yang kami sampaikan. Mudah-mudahan Allah merestui perhubungan yang terjalin ini.

Yang paling seronok malam tadi aku sempat berjumpa dengan Encik Azali, seorang pakar tarikh lahir. Mula-mula aku kurang percaya. Aku bagi hint tarikh lahir aku. Dia boleh cerita apa yang lakukan sebelum ini. Wah! Dia memang berilmu tinggi. Insya Allah, ada rezeki boleh pergi kursus beliau untuk mengenal kelemahan dan potensi diri. Penting tu! Jumpa lagi….

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016