Didaktik 25

Comments: Comments Off
Published on: 26/05/2010

Hari ini hari bersejarah buat bos aku ni. Cukup umur yang ke 41. Aishah, kerani aku yang sorang ni dah merancang bukan-bukan minta beli kek. Nanti Krishnan belanja KFC. Aku melayankan ajek.

Bos sampai jek, ramai pula tetamu yang datang. Tak dapat nak kenakan bos aku. Tapi takpe, mungkin tengahari sikit. Anis, junior penari aku dulu yang kini berkhidmat dengan SAJ datang opis. Ni mesti ada hal, kalo tak, takkan dia datang. Kije kat JB, arini cuti nak jumpa bos aku. Takpelah, mungkin ada sesuatu yang nak dia minta bantu.

Sampai masa, orang dah takde kami beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari lahir buat bos. “Umur dah masuk 41 baru dapat potong kek.” Dengar seloroh bos aku ni aku diam ajek. Dia memang begitu. Suka bergurau. Tapi kalo bab kerja, jangan wathal. Tahan tak tahan jeklah kena marah. Apa yang seronoknya. Dia marah jarang tak bersebab. Biasanya memang untuk kebaikan aku.

Dia selalu tanya itu ini dah siap belum. Kadang-kadang rasa tertekan juga. Apa ingat aku ni superman ke? Cakap jek terus siap. Tapi itulah bos, yang dia tahu kerja siap. Terpaksa lah bersabar. Alhamdulillah, dengan karenah orang aku boleh bersabar takkan dengan bos sendiri tak boleh nak bersabar. Diam tak diam dah hampir 7 tahun aku bekerja dengan bos aku ni. Banyak pengalaman yang aku dapat. Banyak pengajaran yang aku temui. Alhamdulillah, setiap pengalaman itu tak dapat na k digambarkan dengan kata-kata.

Orang umah telefon, TNB nak potong bekalan elektrik kerana dah hampir 2 bulan tak bayar. Aku senyum sendiri. Memang sengaja aku tak bayar semua bil. Ada can nak bagi pengajaran kat dieorg pula. Bila ada masalah tiada bekalan elektrik ataupun gangguan apa-apa berapa lama masa mereka nak ambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Dalam masa 2 bulan aku tak bayar berapa lama pula masa yang dieorg ambil untuk potong.

Petang ini aku ke Kluang untuk berjumpa dengan prospek Shah, seorang jurulatih motivasi, bekas tentera. Alhamdulillah, perjumpaan kami dipandang positif dan Insya Allah beliau akan turut serta bersama-sama kami untuk menjalankan perniagaan ini. Selepas itu aku ke Restoran Warisan untuk bertemu pula dengan Haji Rahman, orang yang aku tak pernah kenal sebelum ini, tetapi dah turut serta bersama aku. Aku pun pelik, orang yang aku kenal, aku pelawa berulang kali pon taknak turut serta. Bila jumpa orang yang tak kenal ni lagi senang bekerja rupa-rupanya.

Komitmen yang ditunjukkan oleh Haji Rahman memang amat memuaskan. Sekali jumpa mesti dia akan bawa 2 hingga 3 orang muka baru. Masing-masing bersetuju untuk bersama aku. Mudah-mudahan hajat aku untuk memperluaskan perniagaan ini di Kluang akan tercapai. Takpe, dulu masa aku mula-mula di Segamat pun macam itu juga. Perkara yang baik ni memang mengambil masa yang lama untuk orang ikut. Yelah, cuba kita ajak dieorg berjemaah di Surau, kompem yang biasa jek ada kat Surau tu. Cuba kita ajak pergi meronggeng. Daripada 5 orang yang nak ikut jadik 20 orang. Itu memang biasa. Insya Allah, berbekalkan ilmu dan semangat yang ada aku akan memperkembangkan rangkaian yang sedia ada.

Balik dengan Shah masing-masing puas hati. Walaupun mereka yang kami jumpa tak bersama dengan kami secara serta merta, sekurang-kurangnya mereka bersetuju dengan pandangan kami. Itu pon dah cukup memadai. Sampai di rumah jam dah masuk pukul 2.30 pagi. Wah, lambat lagi. Esok mungkin ke Batu Pahat pula. Sedang difikir-fikirkan lagi.

zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016