Didaktik 24

Comments: Comments Off
Published on: 26/05/2010

Ya Allah, berikanlah aku masa yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah. Alhamdulillah, aku tak punyai masa yang banyak untuk update blog sejak dua menjak ini. Mengadap FB pon sambil-sambil buat kije, orang kata sambil menyelam minum air. Ni pon online sebab mata tak mau lelap baru sampai dari Kluang, Johor.


23 Mei 2010

Hari ini seharian aku dalam kelas, mencari ilmu. SIR Traning atau bahasa penuh Start It Right. Alhamdulillah, agak terlambat aku mengikuti kursus ini. Sepatutnya aku dah mengikuti kursus ini sebulan yang lepas, memandangkan terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan.

Terlalu banyak ilmu baru yang aku dapat. Sukar nak digambarkan betapa kurangnya ilmu aku selama ini. Sebelum ini aku menyangkakan semua perkara aku dah tau. Ada banyak lagi yang rupa-rupanya aku tak tahu. Tapi Alhamdulillah, nak berjaya memang kena ada ilmu. Apa yang aku dapat kongsi kan hari ini..

D – Do it | Doa
U – Usaha
I – Istiqamah
T- Tawakal

Nak memperjelaskan secara lanjut maksud di atas agak panjang lebar. Tapi inilah yang dikongsikan oleh CEO Kenshido International, Jason Kok yang berbangsa Cina. Terlalu mesra orangnya. Boleh dikatakan segala pengalaman dalam Network Marketing sepanjang penglibatan 20 tahun ini dikongsikan bersama. Beliau bukan tidak berjaya sebelum ini. Beliau memang dah berjaya. Dalam produk kesihatan, produk kecantikan. Tapi hasrat beliau untuk memastikan semua orang yang bersama boleh berjaya terbantut disebabkan faktor produk yang terlalu banyak saingan dan bermusim.

Akhirnya, berdasarkan pengalaman yang ada beliau cuba pula produk pendidikan. Dan kini dengan produk yang tidak bermusim & antikemelesetan ekonomi ini berterusan berpanjangan. Banyak pahit maung pengalaman beliau dikongsikan bersama kami. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku dah tahu sejarah sebenarnya.

Jika nak ikutkan hati memang aku nak balik malam, selepas perjumpaan dengan Encik Emran, Jutawan Muda yang baru sahaja berumur 31 Tahun untuk membincangkan halatuju kami. Apakan daya aku terpaksa pulang segera atas sebab-sebab yang tak dapat nak dijangka. Alhamdulillah, aku sampai di Segamat tepat jam 9 malam. Ingatkan dapat balik rumah. Malam itu aku dapat membantu rakan niaga aku untuk berkongsi peluang bersama kawan-kawannya.

24 Mei 2010

Hari yang bersemangat, minggu yang bersemangat. Nampak kesihatan aku agak terganggu mungkin penat. Yelah, semalamnya aku pulang ke rumah jam 2.30 pagi. Dah lah tak cukup tidur. Hari ini ada program pula yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, berbekalkan semangat yang ada, program hari ini selesai dengan jayanya.

Selesai sahaja program aku dah tak berapa nak larat. Ingat nak ke Muar. Tapi terpaksa dibatalkan. Aku terus pulang ke rumah untuk berehat. Alhamdulillah, dapat rehat dengan secukupnya. Semoga hari-hari mendatang semangat yang sama berterusan hendaknya. Buat ajer!!!

zp8497586rq
zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016