Didaktik 23

Comments: Comments Off
Published on: 24/05/2010

Alamak! Lama aku tak update blog. Tulah, membz kan diri jek memanjang. Masa nak menulis pon tak mencukupi. Masa tidur lagi lah, masa untuk keluarga pon sama. Dulu bz jugak, tapi bz buang masa lepas balik kerja. Sekarang cukuplah kot. Dah banyak sangat membazirkan masa begitu sahaja. Mata mengantuk ni. Harap-harap dapat habiskan menulis sekejap.

21 Mei 2010

Dah lama sangat, aku pon sampai dah tak berapa nak ingat apa yang aku buat arini. Apa yang pastinya kerja-kerja untuk program hari Isnin nanti ada lagi yang tak dapat nak siapkan.

Hari ini aku sempat follow up dengan Ina, staf Kenshido yang bertanggungjawap menjawap panggilan setiap kali berurusan berkaitan Score A ni. Bukan senang nak dapat tembusi talian. Bila dapat tembus talian kene tunggu pula. Apa nak buat, makin lama makin ramai. Telefon ada 16 line, yang tukang sambut ada 4 orang. Mana nak cukup kakitangan. Insya Allah, aku dah bertanya pada Senior Manager sykt tersebut dan katanya kelemahan syarikat akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Mana taknya, set portal Score A sentiasa habis, nak kene tunggu order baru dari kilang. Tapi setakat ini, janji syarikat memang tak pernah lewat. Jika ada sebarang kelewatan pasti akan diberitahu.

Mula-mula dulu angin juga. Tapi bila dah faham situasi sebenar, bila dah pergi melihat dengan mata sendiri baru tahu bagaimana mereka melakukan kerja di sana. Tak cukup tangan nak melayan karenah pelanggan setiap hari. Nak cari parking pon susah.

Malam ni preview seperti biasa dan Alhamdulillah dapat berjalan dengan lancar. Dapat juga melatih muka baru untuk menjadi bakal pemimpin suatu hari nanti. Disamping kita belajar, kita turunkan segala ilmu yang kita dapat sebelum ini. Inilah salah satu keistimewaan perniagaan Network Marketing. Ilmu perniagaan ini diturunkan sepenuhnya tanpa kira siapa. Yang penting komitmen daripada mereka. Cuba buka kedai makan, ada ke kedai makan sebelah nak berkongsi cara masakan menu istimewanya?? Banyak lagi contoh kalo aku nak beri. Tapi kang takut orang salah tafsir pulak.

22 Mei 2010

Ingat nak gerak awal selepas solat Subuh. Memang lepas solat Subuh pon, tapi dapat gerak jam 6.45 pagi. Dah lewat sedikit. Tapi tak mengapa. Yang penting sampai. Seperti biasa, kali ini aku pergi NDO dan SIR ni dengan abg aku (Ude), guru pakar matematik. Bukan senang nak ajak abg aku ni. Yelah, makanan dia. Bagi dia semua ni biasa macam yang lain-lain. Tapi, Alhamdulillah, setelah sebulan setengah aku menjalankan perniagaan ini baru dia nampak. Tu lah, orang kita ni suka tengok dulu hasilnya baru nak ikut. Nasib baik sebulan setengah, ada yang lain-lain tu sampai dah nak dekat 3 tahun baru dia nak turut serta. Kan dah lambat. Padahal mereka dah tau lebih awal. Tapi sekadar tahu sahaja tak cukup jika tak bersama merasai kenikmatannya. Bila orang dah berjaya baru nak mulakan. Masa tu dah terlambat.

Seperti biasa jika ke Johor Bahru waktu pagi, aku akan singgah di Yong Peng untuk menikmati sarapan pagi di Restoran Zaharah. Pekene roti canai cecah dengan kari kambing. Peh! best gila. Semenjak aku buat bisnes ni, aku suka sangat makan kambing. Taktau ler kenapa. Tapi yang pastinya dulu makan pening-pening kepala, sekarang makan ok jek.

Sampai jek di JB, aktiviti baru sahaja bermula. Alhamdulillah, sampai ler ke petang aku tamat untuk Kursus pada hari tersebut. Tapi yang paling menarik sekali apabila 2.5% daripada pendapatan yang diperolehi akan dimasukkan ke lembaga zakat di setiap negeri di mana ahli tinggal. Alhamdulillah, tapi yang aku heran ada jugak dikalangan orang Islam yang bising2 berkaitan zakat ni. Itu pon nak berkira.

Selain daripada itu, info terkini daripada Syarikat pada awal bulan 7 ini akan dimasukkan pula Subjek e-Arabic & e-Pendidikan Islam. Wah, tengok dia punya preview portal memang agak menarik. Macam-macam modul ada yang dalam tu. Aku menyangkakan Score A ni untuk pelajar di dalam Malaysia jek. Kini, negara-negara Komanwel pun boleh melanggan. Baru-baru ini di Brunei dan Insya Allah, tak berapa lama lagi akan masuk ke Singapura dengan ada nya i-Teacher yg silibus tahap O Level.

Banyak lagi yang aku dapat, tapi tak dan nak taip semua. Jenis aku kalo boleh aku nak kongsi semua perkara kat semua orang. Tapi aku tak mampu pula nak taip lama-lama. Ni pon dah tak berapa nak tahan lagi da. Nak sambung buat kije.

Ada masa kang aku sambung untuk 23 Mei pula ya. Jumpa lagi.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016