Didaktik 22

Comments: Comments Off
Published on: 21/05/2010

20 Mei 2010

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi sehingga hari ini aku masih lagi sihat walafiat untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Dikurniakan masa yang amat berguna untuk mencari ilmu, rezeki, mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hari ini banyak juga kerja dapat disiapkan dibantu dengan kakitangan sorang ni. Kadang-kadang nak kene 'push' baru dia buat. Alahai, tapi takpe aku dulu pon macam tu jugak. Yang penting dia boleh siapkan. Dulu kalo tak siap dah kene marah-marah. Sekarang dah tak boleh nak marah. Bagi semangat minta dia siapkan cepat ajek. Banyak perubahan berlaku kat diri aku.

Tengah nak taip datang seorang peniaga Cina minta tolong. Susah nak cari makan sekarang. Urm, kenapa mereka beria-ia cari peluang ya? Kenapa orang lama sangat berfikir untuk merebut peluang. Bila dah terlepas, merungut kata itu ini menuding jari yang pastinya orang lain yang dikatakan bersalah. Dan mereka sahaja yang betul. Sikap tak berubah. Tak mahu muhasabah diri kenapa puas mencari rezeki tak menjadi? Kena tanya pada diri sendiri. Jangan tuding jari kepada orang lain. Yang nak merubah kita, orang lain sekadar membantu bergantung keadaan dan situasi. Kita nak lebih, usaha lah lebih. Usaha baru sedikit, tapi rungutan yang lebih. Macamana tu?

Semalam ada mesyuarat Focus Group, pembasmian kemiskinan. Setiap jabatan di setiap daerah perlu berusaha atas saranan kerajaan untuk memastikan kemiskinan tegar dapat diatasi sehingga tiada langsung orang miskin. Itu hasrat kerajaan. Usaha pun dah dilakukan. Boleh dikatakan sebulan sekali mesyuarat ini diadakan untuk memastikan perkembangan yang baik berlaku di daerah Segamat.

Alhamdulillah, dalam mesyuarat semalam statistik menunjukkan berlaku pengurangan disebabkan setiap keluarga telah mendapat pendapatan melebihi paras miskin tegar. Aku 'tabik spring' dengan Encik Helmi, pegawai yang bertugas di pejabat daerah yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawap ini. Setiap stastitik memang detail dia dapat. Kalo tanye jek berkaitan orang miskin, semua ada dalam kepala beliau. Ini baru betul-betul buat kerja.

Pemangkin untuk dia buat kerja dengan detail disebabkan dengan Pegawai Daerah yang memang terlalu detail. Segala keputusan untuk memasukkan atau mengeluarkan nama Miskin Tegar dan Miskin Am ini akan diputuskan dalam mesyuarat. Kenapa kene keluar? Kenapa kene masukkan? Semua pihak kena bagi jawapan yang detail baru ahli mesyuarat akan luluskan atas sebab-sebab yang munasabah.

Alhamdulillah, dulu aku memandang rendah sesetengah kakitangan kerajaan yang buat kerja sambil lewa. Setelah melihat usaha-usaha yang dilakukan ini, aku yakin bukannya semua yang begitu. Sebilangan sahaja.

Anda bayangkan sendiri mesyuarat ini dimulakan pada jam 11 pagi dan berakhir hampir jam 4 petang. Betapa seriousnya pihak kerajaan berusaha untuk menangani kemiskinan ini. Beruntung betul orang-orang miskin ni. Nak rumah dapat, nak tanah dapat, nak berniaga di beri modal, nak zakat dapat, bantuan daripada jabatan kebajikan pon dapat. Tetapi persoalannya, kenapa masih lagi ada yang tertinggal? Kenapa masih ada lagi program bersamamu di TV3 tu? Sedangkan, segala-galanya dah mencukupi? Silap siapa? Orang yang miskin tu ke? Ketua Kampung dia ke? Penghulu dia tak ambil tahu penduduk kawasannya ke? jabatan-jabatan yang berkaitan tak ambil tahu ke? wakil rakyat tak prihatin ke? Kenapa banyak persoalan aku timbul kan. Kerana selalunya orang-orang inilah yang dipersalahkan.

Petang semalam aku ke Setia Tropika Johor Bahru bersama-sama tiga orang rakan niaga. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Minggu ini aku kene hadir NDO Training dan SIR Training. Semua latihan ini latihan berbayar. Jika tak pergi memang rugi. Duit dah keluar, tapi yang amat penting sekali adalah ilmu. Duit boleh dicari, ilmu yang nak diberi itu bukan mudah nak ditemui.

Semakin hari semakin banyak aku tempuhi, semakin banyak cabaran yang aku lalui semakin banyak pula pengajaran yang aku temui. Alhamdulillah, semoga dengan berbekalkan kecekalan hati ini aku akan meneruskan perjuangan ini walaupun tanpa sokongan kawan-kawan yang dahulu. Walaupun tanpa bantuan org yang pernah aku bantu. Cukuplah sokongan yang ada daripada keluarga aku. Semangat aku adalah kedua orang tua aku. Mereka lah yang membuatkan aku cekal dan terus bersemangat untuk merubah kehidupan keluarga aku.

Orang mengutuk, mengeji itu perkara biasa. Bukan semua teguran daripada kita orang boleh terima. Tapi Insya Allah, aku cuba menerima setiap kritikan dan teguran mereka untuk kebaikan diri aku sendiri. Terima kasih atas kritikan kawan-kawan, terima kasih atas kutukan, terima kasih atas pandangan dan terima kasih kepada semua orang di sekeliling aku. Kerana mereka lah pemangkin yang membuatkan aku terus berlari ke hadapan tanpa menoleh kiri dan kanan. Jumpa lagi esok hari InsyaAllah.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016