Didaktik 21

Comments: No Comments
Published on: 20/05/2010

19 Mei 2010

Alhamdulillah, pagi semalam dengan semangatnya banyak kerja yang aku dapat siapkan. Rasa seronok pula. Tapi bila dikunjungi tetamu, kerja-kerja tadi dah tersangkut. Sekali tetamu datang bukan seminit dua. Nak melayan sampai setengah jam. Ada yang tak bangun-bangun duduk sembang kat depan aku. Tapi tulah, aku tak boleh nak buat kerja kalo ada tetamu kat depan mata. Nanti rasa macam tak seronok pula, dia bercakap kita buat kerja kita seolah-olah kita tak melayan dia. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku aku terpaksa tumpukan sepenuh perhatian bila tetamu datang. Nama pon tetamu kan.

Rasa macam dah banyak buat kerja, tapi makin bertambah pula kerja. Macam ada yang tak kena, lagi banyak kita buat lagi banyak keja tak siap. Lepas satu, tak sempat nak siapkan datang lagi satu kerja. Wah, dugaan dan cabaran dunia pekerjaan. Bos aku sms, itu dah siap? ini dah siap? Aku jawap jujur jek. Jika dah siap aku kata dah. Jika belum aku cakap belum. Buat apa nak tipu. Kalo aku superman sekali tiup semua benda dah siap. Tapi semua itu mustahil nak siapkan sekelip mata. Namun dalam tekanan itu ada juga nikmatnya.

Malam ini nak pegi dataran Segamat, ada Tilawah Al Quran Peringkat Negeri. Wah, sekali datang penuh orang. Banyak jalan tutup. Macam Sambutan Hari Kebangsaan. Alhamdulillah, aku ingatkan selama ini masa konsert jek dataran tu dipenuhi dengan orang. Tapi acara keagamaan sebegini pon penuh juga. Syukur Alhamdulillah aku masih lagi tinggal di bumi Segamat yang bertuah.

Dari segi kemajuan bandar Segamat ini agak ketinggalan berbanding dengan Muar, Batu Pahat dan lain-lain. Kadang-kadang bila orang tanya, apa yang best kat Segamat tu? Panggung wayang pon takde. Oklah tu, aku ni setahun sekali pon susah nak tengok wayang.

Tapi seronok tinggal di Segamat ni. Kalo ada yang nak dressing lain macam sikit orang dah mula jelik. Orang ingat budak hulu mana lah tu. Padahal jika di bandaraya besar memang kebanyakan anak muda berpakaian sebegitu. Tapi cubalah pakai seksi mekci sikit kat Segamat. Memang ramai mata yang memandang. Mulalah mulut sana bunyi, mulut sini bunyi, anak siapalah tu? Pusing punya pusing, anak si polan bin si polan. Maka sedara pulak tu. Jadi, bila nak buat sesuatu yang tidak baik pon orang akan berfikir banyak kali. Bukan kerana orang sini suka jaga tepi kain orang. Tetapi mereka tak suka perkara yang tidak baik itu berleluasa. Bukan nak kata takde langsung. Ada tu memang ada. Agak mustahil dalam setandan pisang tiada satu biji pon yang busuk.

Baru duduk sekejap dapat panggilan daripada Shah, ada seorang makcik nak jumpa nak tau lebih detail tentang Score A. Aku pon pergilah ke Mawa De Village untuk berjumpa dengan Shah dan makcik tersebut. Mengikut cerita makcik ni dia dah pergi 2-3 kali dengar pasal Score A ni di rumah kawan-kawannya. Loh, apa masalahnya lagi makcik? Dah melanggan belum? Tanya aku.

Rupa-rupanya makcik ni belum melanggan lagi, ada banyak perkara yang dia tak faham lagi. Mengikut ceritanya, beliau dah banyak melakukan perniagaan network marketing ni. Tapi semuanya gagal atas beberapa faktor dan yang paling jelas adalah silap diri sendiri.

Seronok juga kenal dengan makcik ni. Banyak pengalaman dia. Dia nak tau pasal Score A ni sebab dia tau potensinya memang tinggi. Cuma dia nak tau lebih detail. Soal punya soal punya soal sampai tiada soalan makcik tu nak tanya lagi. Soalan terakhir yang aku ingat, dah brape lama awak buat Score A ni?? Baru empat bulan jek cik, jawap aku.

Aku tengok muka makcik tu macam moskil. Mungkin dia ingat aku berbohong. Tetapi itulah realitinya. Score A terlalu mudah untuk diduplikasi. Apa yang penting adalah komitmen daripada diri kita sendiri barulah kejayaan itu akan muncul dengan sendiri.

Alamak, nak gi miting jap lagi!! Meeting focus group. Mesyuarat yang memberi tumpuan secara khusus untuk memastikan setiap orang di sini keluar dari garis kemiskinan tegar mahupun miskin sederhana. Urm. Dah berapa tahun dah mesyuarat ni. Tak pernah nak menyusut pon keluarga miskin. Bila nak sampai tahap sifar???



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016