Didaktik 20

Comments: No Comments
Published on: 19/05/2010

18 Mei 2010

Aku manusia, orang disekeliling aku juga manusia. Dalam sekelompok kumpulan haiwan tiada satu pon manusia. Dalam sekumpulan masyarakat manusia ada yang macam haiwan. Hah, ayat ni aku macam pernah dengar kat surat khabar atau media elektronik. Tapi semalam tak menyangka aku semasa sedang makan tengahari, Din, pelayan warung depan tu tibe2 cakap macam tu kat aku. Kenapa dia cakap camtu?

Harun (kurang waras) meninggal dunia. Innalillah.. Dah hilang lagi seorang orang yang kurang siuman di Segamat ni. Urm, Tapi bagusnya Harun ni dia memang pandai berpidato, orangnya memang bijak. Kalo setakat mengira ni, selamba jek dia bagi nombor suruh beli. Aku taktau kenapa dia jadik begitu? Ada ketika bila tengok dia bersembang dengan kawan-kawan (orang kurang siuman) ni, dia ok pula. Kadang-kadang diaorg bertekak sesama sendiri. Sepanjang umur aku belum berkesempatan nak bersembang dengan Harun ni. Tapi dia dah pergi dulu. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Al Fatihah.

Sebelum itu, aku agak lewat sedikit ke pejabat hari ini memandangkan sampai di rumah daripada Kota Damansara semalam hampir jam 4 pagi. Bangun pagi ada sms dan panggilan rindu daripada ramai orang. Termasuk Tok Baba, Ketua Kampung di salah sebuah kampung di sini. Aku lihat smsnya mengatakan ada kematian.

Dalam perjalanan aku telefon Tok Baba untuk mengetahui di mana rumah Allahyarham. Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak. Uiks ada Hanif, kawan sekolah aku masa tingkatan 1-3. Antara orang paling nakal sekali di zaman persekolahan. Apa dia buat kat sini? Mungkin ziarah juga macam aku.

Selesai ziarah aku pon beransur ke pejabat. Sempat juga aku bertanyakan waris arwah. Apa hubungan Hanif tu dengan keluarga arwah. Anak ke 3 arwah (lupa nama nya ) menerangkan Hanif ni kawan sekerja adik beliau yang berkhidmat dengan pakaian beruniform, siap bagi jawatan lagi. Wah! Tak sangka aku, Hanif yang terkejal dulu tu berubah bila dah besar ni. Lama dah tak berjumpa dengan beliau. Hampir 15 tahun, badan tak berubah. Tapi karakter tu dah berubah.

Alhamdulillah, ramai juga kawan-kawan sekolah yang masa remaja jek nakal Nauzubillah, hanya Tuhan ajek yang tahu. Tapi bila dah dewasa ni, masing-masing ada kerjaya yang hebat! Aku dulu taklah nakal camtu, tapi kenapa aku tak sampai tahap begitu eh? Tulah, kecik-kecik taknak dengar cakap Mak Ayah, asyik nak melawan ajek. Tu pasal buat semua benda tak menjadi.

Petangnya aku dah sms kepada semua rakan niaga aku, ada sesiapa yang nak minta bantu bgtau segera. Ingatkan ada temujanji ke malam ni. Puas ditunggu-tunggu akhirnya aku ambil keputusan untuk berehat di rumah malam ini.

Lepas makan malam aku melayan Za’im. Saja dedahkan dia awal dengan pendidikan. Kasik dia buat Score A yang darjah 1. Padahal dia baru 6 tahun. Wah, bersungguh-sungguh dia siapkan. Biasanya di hari persekolahan dalam jam 8 hingga 9 malam dia dah naik atas tidur. Tapi kali ini, kebetulan aku ada di rumah, aku melayan dia sekejap.

Tiba-tiba ada sms masuk kat hp. Rasa macam malas nak bangun tengok pesanan teks ini dari siapa. Pikir balik buatnya ada pelanggan nak jumpa kang. Mana tau rezeki malam-malam sebegini.

Ya, memang betul. Kawan sehobi aku, Din yang bertugas sebagai juruteknik komputer di salah sebuah sekolah rendah di sini. Dia memang minat berniaga. Baru-baru ini dia baru buka Cybercafe di sini.

“Free ke malam ni? Nak tau pasal Score A lah..!” kata Din.

Alhamdulillah, tak sangka aku Din terus bertanya. Empat bulan yang lepas kami berselisih di bank. Sempat juga lah ajak dia datang ke Preview. Tapi dia yang tak sempat nak datang. Banyak urusan katanya. Aku pon tak sempat nak cerita abis kat Din ni. Yelah, jumpa sekejap di Bank. Masa tu masing-masing sebok nak keluarkan duit, nak masukkan duit.

Tapi malam ini Din memang betul-betul nak dengar dari A-Z. Tanpa lengahkan masa aku terus salin baju keluar untuk jumpa dengan Din. Tak jauh pon dari rumah aku. Tapi dah 4 bulan tak jumpa. Haha

Cerita punya cerita, akhirnya Din berminat untuk bersama-sama menjalankan perniagaan ini. Terus minta borang dan tanya cara pembayarannya bagaimana. Alhamdulillah, rezeki Allah. Insya Allah, Khamis malam Jumaat ini aku akan bawa Din ke Setia Tropika untuk merasai gelombang / frekuensi yang aku rasakan sekarang ini. Sebab itu aku bersungguh-sungguh menjalan perniagaan ini.

Bersyukur aku kepada Allah swt atas rezeki yang diberikan. Sesungguhnya memang inilah jalan yang diredhai oleh Nya. Moga-moga rezeki ini diberkati. Amin.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Friday, 09/12/2016