Didaktik 2

Comments: No Comments
Published on: 26/04/2010

Alamak!! hari ini sudah masuk 26 April 2010, kali terakhir aku kemaskini blog ini pada 23 April 2010. Kan betul aku cakap, aku ni hangat-hangat tahi ayam. Takpe, akan aku ikhtiarkan untuk kemaskini setiap hari.

Sebenarnya bukan aku sengaja untuk tidak berkongsi pada tarikh 24 & 25hb tu, tetapi masa tidak mengizinkan memandangkan perjalanan yang agak jauh menuju ke Utara tanpa membawa komputer riba. Takpelah, daripada bawa barang banyak-banyak tapi tak digunakan nak buat apa betul tak? baik bawa barang keperluan sahaja. Ringan sikit. Macam blog ni bila-bila kelapangan jek boleh kemaskini. Bukan untuk siapa pon, untuk diri sendiri juga.

Oklah, pagi Sabtu lebih kurang jam 3am aku bergerak menuju utara menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu majlis meraikan pelajar cemerlang serta meraikan pemimpin yang telah berjaya mencapai matlamat mereka.

Alhamdulillah, seramai 13 orang dikalangan anak-anak muda yang telah berusaha sehingga mampu menjadi Jutawan. Perkongsian yang mereka berikan amat memberi kesan kepada aku. Untuk bercerita setiap perkongsian daripada mereka mungkin aku tak boleh nak tidur nanti. Panjang sangat. Sebab itu, ada perkara yang boleh kita cerita melalui penulisan dan ada perkara yang kita boleh cerita melalui pertemuan. Setiap cara hasilnya pemahaman yang berbeza.

Kesimpulan daripada apa yang mereka kongsikan, setiap kemahuan pasti ada jalannya. Setiap kejayaan bukan datang dengan mudah, ada cabaran dan dugaannye dan yang paling penting untuk menjadi orang berjaya anda pasti menempuhi kegagalan terlebih dahulu.

Yang paling membuatkan hati aku terasa sayu nak menangis pon ada apabila ada juga dikalangan mereka yang berjaya bermodalkan pinjaman dengan along, dan ada juga dikalangan mat rempit yang sebelum ini dipandang hina oleh masyarakat dan kini telah berjaya mendapat apa yang dia inginkan.

Bagaimana mat rempit ini boleh berjaya?? sedangkan suatu tika dahulu dia ni merupakan mat rempit, Pokok pangkalnya terletak pada hati, yang penting hendak berubah. Aku yang tak merempit ni, yang kehidupan boleh dikatakan cukup makan ini pon sedikit sebanyak merasa cemburu dengan apa yang telah mereka miliki.

Persoalan yang sentiasa bermain difikiran aku adalah “Mat rempit yg baru berusia 26 tahun itu boleh mencapai pendapatan sebanyak RM75k dalam masa 3 bulan takkan aku yang serba sedikit ada lah jugak sumber pendapatan ni tak boleh? Takkan aku nak tunggu aku dah tiada kerja nanti baru nak berusaha, takkan bila aku dah berumur nanti baru nak fikirkan ini semua, sementara umur baru 30 tahun, tenaga empat kerat masih berdaya apa salahnya untuk aku bagi peluang selama 1-2 tahun melakukan perkara yang sama yg pernah dilalui oleh mereka yang berjaya??”

Ya, aku bagi peluang untuk diri aku berubah, aku bagi peluang untuk diri aku hilang kawan-kawan demi sesuap nasi untuk keluarga aku, aku bagi peluang untuk diri aku muhasabah diri atas kelakuan buruk aku selama ini, aku bagi peluang untuk diri aku selagi umurku ada.

Kalian pasti pernah mendengar perumpamaan ini yang sering dikatakan oleh mereka yang terdahulu. “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”

Yang tinggal nama tu ada dua bahagian. Yang pertama adalah kebaikan yang sentiasa diceritakan oleh orang dan yang keduanya adalah keburukan yang juga seringkali diceritakan oleh orang. Tetapi, yang buruk itulah yang selalu disampaikan oleh orang.

Jika anda tak percaya, anda boleh cuba. Buatlah jahat sekali jek sepanjang kehidupan anda yang akan diketahui oleh orang. Lihatlah hasilnya pasti cerita keburukan anda yang akan sentiasa berkumandang. Sepuluh kebaikan yang anda lakukan sebelum ini tak dapat menutup sedikit pon kesilapan yang telah anda lakukan. Walau seribu kali kebaikan yang anda lakukan selepas itu, belum tentu keburukan anda dapat dilupakan begitu sahaja. Itulah hakikatnya yang dinamakan Insan.

Tapi kini perumpaan itu berubah mengikut zaman, “Jika Harimau mati meninggalkan belang, kini Manusia mati meninggalkan HUTANG”

Takkan aku nak tinggalkan hutang untuk anak dan isteri aku, ada baiknya aku tinggalkan serba sedikit kesenangan untuk anak dan isteri aku yang belum pernah mereka merasainya sebelum ini. Cukuplah aku yang merasa keperitan sepanjang kehidupan aku. Aku tak mahu anak-anak aku merasai keperitan yang pernah aku lalui sebelum ini.

Jika sebelum ini aku ke sekolah dengan berjalan kaki sejauh beberapa kilometer. Jika boleh, aku taknak anak aku keluar peluh sedikit pun untuk pergi ke sekolah. Aku nak dia berada dalam keadaan yang selesa untuk menuntut ilmu. Aku nak anak-anak aku berjaya dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam kehidupan.

Cukuplah aku pernah merasa gagal dalam pelajaran sebelum ini. Sedangkan peluang untuk aku belajar itu ada, tetapi salah aku juga yang lepaskan. Kini aku tak mahu menyalahkan orang lain. Setiap apa yang berlaku ke atas diri aku adalah dibawah tanggungjawap aku dan semestinya kesalahan itu terletak di bahu aku.

Apa yang aku ada jika aku hendak berjaya? Bagaimana endak mencari pendapatan yang lebih memandangkan kos sara hidup yang kini semakin meningkat? Ada ke peluang pekerjaan untuk aku dengan berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja? Mahu tak mahu aku perlu berniaga. Berniaga apa yang modalnya sedikit tetapi titik pusingan modal boleh dapat dalam masa yang singkat?

Banyak aku fikirkan sebelum aku memulakan sesuatu perkara sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, aku telah temui jalannya. Cuma aku mengharapkan aku cekal, bersemangat dan terus berusaha demi anak-anak, isteri dan keluarga tercinta. Insya Allah



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Saturday, 03/12/2016