Didaktik 19

Comments: No Comments
Published on: 18/05/2010

Alhamdulillah! Wah, semakin meriah aku tgok blog Tokeikedai Online ni. Semakin hari semakin bertambah kawan-kawan yang nak berkongsi pengalaman masing-masing.

17 Mei 2010

Hari ini tak banyak perkara yang aku lakukan, cuma siapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan sebelum bergerak ke Kota Damansara, Selangor. Aku tak pernah sampai tempat ni. Mungkin jakun sikit kot. Aku jangkakan tempat ini di are KL jek.

1.30pm aku terus mengambil rakan niaga aku, Shah. Kene ler tunggu sekejap. Sebab dia nak pergi ambil adik dia sekolah dulu. Wah, masa berlalu pantas ni. Aku terus sms Shah. Cepat sikit!! Hah, sampai pon dia. Aku lom solat lagi ni. Tu pasal nak cepat. Nak ambil lagi 2 orang rakan niaga lagi.

Aku bajet dapat gerak dalam jam 2 petang. Tapi lewat setengah jam. Semestinya sampai sana lewat. Sepatutnya kene sampai dalam jam 5.30 petang. Apa nak buat, dah bertolak lambat. Berhenti lagi kat R&R Seremban tunggu rakan niaga dari JB.

Sampai di Kota Damansara jampir jam 7 malam. Nasib baik kawan yang nak jumpa tu sanggup tunggu. Janji 5.30 petang. Dah lewat berapa lama tu? Hurm, masa begitu cepat berlalu ditambah pula dengan sesat perjalanan. Nasib baik aku nih jenis taktau malu. Kalau malu sesat jalan.

Dah sampai alamat yang betul, tak jumpa pula mana satu bangunannya. Lar, rupanya papan tanda belum ada lagi. Baru siap. Dah tau tempat aku gi minum sekejap dengan rakan niaga dan kawan nak jumpa tu kebetulan dia pon berpuasa bolehlah berbuka bersama.

Sebenarnya datang sini jika nak diikutkan tak dapat apa pun daripada segi fizikalnya. Tetapi dari segi mentalnya, motivasinya aku dapat. Melihatkan suasana di sini tak ubah seperti di Setia Tropika Johor Bahru. Aku masuk dalam jam 8.30 malam. Banyak lagi kerusi kosong. Tetapi tak lama selepas itu, semakin lama semakin ramai. Sampai ada yang berdiri. Wah! sama juga di Johor Bahru. Gelombang yang sama. Itulah dia kuasa pendidikan.

Hampir 20 orang rakan niaga dari Edata Network dari Johor datang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan niaga di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, hubungan kami dengan pemimpin-pemimpin yang hebat semakin akrab. Itulah dia tujuan asal aku. Untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka.

Perhubungan dalam sistem Network Marketing ini paling istimewa. Aku pernah terlibat dengan belia, aku juga terlibat dengan hubungan manusia dalam politik. Jauh sangat bezanya. Di sini tiada perkauman, politik jauh sekali. Alhamdulillah, inilah dia tempat yang aku cari-cari selama ini. Bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif. Orang-orang yang sentiasa memandang 10 tahun ke hadapan. Alhamdulillah, Tuhan bagi rezeki aku di sini. Terlalu banyak kebaikan yang aku dapat di sini.

Bukan aku kata politik tu tak bagus ya, tapi masalahnya orang yang nak berpolitik tu tak berapa nak matang. Bukan sebab dia menyokong kerajaan atau tidak. Tetapi bagi aku untuk mencebur dalam dunia politik, kematangan berfikiran itu amat penting sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan. Masyarakat terlalu banyak sangat makan dengan cerita-cerita yang cuma andaian. Sedangkan mereka tidak duduk kat tempat si polan. Orang kita memang hebat-hebat belaka. Semua cerita mereka tahu. Sedangkan mereka tak lalui pon semua itu.

Itulah dia orang Melayu yang semakin lama aku lihat semakin layu. Buat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Keikhlasan di hati entah ke mana. Mula-mula ikhlas, lama-lama taktau ler. Korang tengok sendirilah cara mereka bekerja. Nilai sendiri. Yang makan gaji ibarat ikan dalam akuarium. Ikan emas. Pusing sana pusing sini. Cukup masa dapat makan. Cukup masa 25hb dapat gaji. Rutin kehidupan si ikan emas.

Aku ni ikan emas ke?? Tiba-tiba teringat kata-kata abam Dome, jangan jadi tikus dalam balang.



No Comments - Leave a comment

Leave a Reply


Welcome , today is Friday, 09/12/2016