Didaktik 18

Comments: Comments Off
Published on: 17/05/2010

16 Mei 2010

Alhamdulillah, semakin berusia diri aku. Semakin lama semakin sedikit rasanya masa untuk kita. Semakin cepat masa itu berlalu. Manusia gagal dalam dua perkara. Yang pertama kesihatan. Yang kedua masa. Ya, memang aku akui, aku banyak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah sebelum ini.

Hari ini 16 Mei 2010 merupakan Sambutan Hari Guru bagi semua guru-guru di Malaysia. Malangnya hari ini hari Ahad. Sekolah tutup. Mungkin sambutannya diadakan pada hari esok (Isnin).

Cerita tentang guru ni, rasanya banyak sangat jasa guru pada kita. Guru disiplin lah yang selalu aku ingat. Yelah, aku ni masa zaman sekolah bukannya baik sangat. Sama ajek macam remaja zaman sekarang ni. Apa yang orang tak kasik buat. Yang itulah kita nak buat.

Tapi Alhamdulillah, dengan rotan. Dengan pelempang guru tu lah aku jadi manusia sekarang ini. Jika tiada rotan kompem aku tak jadik orang sekarang ni.

Pernah aku sedang minum dihadapan pejabat datang sekumpulan guru dari sekolah lama aku. Sempatlah juga kami bersembang sambil minum pagi. Bila tengok gaya cikgu ni bercakap macam dah kecewa dengan pelajar sekarang ni. Aku bertanyakan kepapa. Murid-murid sekarang dah tak macam zaman awak Zahid. Dulu geng-geng awak pon nakal gak, tapi masih lagi hormat dengan cikgu. Sekarang, cikgu dah tak boleh nak buat apa da. Cuit sikit pon dah tak boleh. Nak berbunyi lagi lah. Kang sampai surat saman.

Urm, teringat kata-kata cikgu tu membuatkan aku berfikir patutlah makin lama makin menjadi zaman sekarang ni. Apa taknya. Orang zaman sekarang ini kadang-kadang apa yang aku lihat dah lupa diri. Asyik nak menyalahkan orang yang terdahulu. Dia lupa ke, tanpa orang terdahulu diaorang takkan hidup sesenang begini.

Betullah salah satu tanda akhir zaman itu sudah muncul, apabila orang zaman itu akan menyalahkan orang yang terdahulu. Itu baru sedikit, jika tak sedar juga taktau lah. Jari tu asyik nak menuding jari ajek. Abis semua orang salah. Dan hanya dia sahajalah yang betul.

Hari ini aku banyak habiskan masa berehat di rumah. Cuma disebelah petang ke pejabat sekejap untuk menyiapkan pendaftaran 20 orang pelajar tajaan Felda. Kurang lagi 40. Aduh! tertangguh lagi kerja aku.

Malam, bawa keluarga keluar untuk berkumpul di rumah Uda. Meraikan hari lahir Iqbal anaknya yang ke 5. Ceria sungguh aku lihat keseluruhan keluarga aku. Dah lama tak rasa seceria ini. Tapi masih ada lagi yang kurang. Banyak lagi perubahan yang aku inginkan dalam keluarga aku. Insya Allah, berkat doa Ibu aku akan berusaha untuk mencapai ke arah itu.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Friday, 09/12/2016