Didaktik 17

Comments: Comments Off
Published on: 16/05/2010

15 Mei 2010

Alhamdulillah, hari ini rasa lega sikit. Tapi bangun tadi badan rasa macam nak demam. Tapi tak jadik. Tekak masih rasa sakit. Apa taknya, sepanjang empat bulan ni asyik bercakap ajek. Entah-entah dieorg bosan dengar aku cakap tak? hehe..

Hari ini tanggal 15 Mei 2010 merupakan Hari Belia Negara. Tak nampak tanda-tanda pon yang belia-belia ni menyambut harinya. Kenapa ya? Bila 14 Februari tu ramai pulak yang menyambut. Kalo diikutkan definisi belia di Malaysia adalah mereka yang berumur 15-40 tahun. Ramai tu!! Tapi pelikkan, mereka tak merasa pon untuk merayakan hari mereka kecuali kementerian yang bertanggungjawap melaksanakannya. Apa pula tanggungjawap kita sebagai generasi belia?

Selepas solat Zohor aku sekeluarga menghantar barang mokcu (mak sedara org umah) di Felda Sri Jaya. Mokcu seorang ibu tunggal yang kematian suami tahun lepas, mempunyai sepasang anak dah bersekolah. Paling tua Nina, tahun ini ambil peperiksaan PMR. Yang lelaki Irfan, aku pon lupa brape umur dia. Bila tengok keadaan mokcu ni macam takde ape. Tuhan sahaja yang tahu dugaan demi dugaan yang beliau terima.

Mak mertua aku nak tido sana semalam. Yelah, rumah peninggalan maknya. Sekali sekala nak jugak singgah kan. Kedua-duanya ibu tunggal. Urm, bila diingatkan kembali keadaan mak mertua aku ni dulu, memang banyak dugaan yang beliau alami. Itulah antara faktor yang membuatkan semangat aku berterusan untuk merubah kehidupan keluarga aku, keluarga ibu mertua aku dan orang-orang disekeliling aku.

Selepas setelkan hal dengan mokcu, aku sekeluarga terus ke Merlimau, Melaka untuk bertemu dengan seorang kakak yang baru-baru ini hampir runtuh rumahtangga kerana masalah kewangan sekeluarga. Aku pon tak menyangka yang dia memang sedang menghadapi masalah.

Sebulan yang lepas aku ada bertemu kakak Ina sekeluarga di Bandar Tasek Selatan untuk berkongsi peluang bersama beliau. Dia memang excited masa aku ceritakan peluang itu. Dan dialah antara orang yang berjanji dengan aku yang datang lebih awal daripada aku. Bila dia lihat harganya mulalah beliau pening. Macamana nak turut serta. Aku cuma mampu berkata, akak kene usaha untuk dapatkan. Dan terbukalah cerita kisah 2-3 tahun yang lepas beliau sekeluarga rugi dalam perniagaan hampir 100k. Orangnya pon dah takde, tak sedap pula nak dicerita.

Aku faham masalah yang dia alami. Aku tak memaksa. Cuma yang aku mampu katakan, jika mahu berubah kene mula dengan langkah pertama kembali. Dia memang selalu memberi sokongan apa yang aku lakukan. Tapi apakan daya dia tak mampu untuk bersama-sama dengan kami. Dulu masa aku kenal memang dia sekeluarga nampak mewah.

Masa tu balik dari gathering TKO dia Ulu Yam aku terus melawat suaminya yang sedang berada di Hospital Selayang. Sungguh ceria keadaan mereka sekeluarga walaupun sudah mendirikan rumahtanggan hampir 10 tahun masa itu tetapi masih lagi tidak dikurniakan seorang anak.

Alhamdulillah, pertemuan tempohari dapat lihat dia sekeluarga telah dikurniakan seorang anak yang kini berumur 3 tahun. Wah, lama betul aku tak jumpa.

Sampai saja dirumah ayahnya kami terus mulakan bicara. Barulah aku tau, dia kini memang dalam dilema. Setelah beberapa lama tak pulang ke kampung akhirnya disebabkan masalah melanda, beliau pulang juga untuk mendapatkan nasihat daripada seorang ayah yang terlalu baik.

Alhamdulillah, bantuan yang aku berikan disambut baik. Akak ingin merubah kehidupan akak sekeluarga kembali. Kene mula semula. Insya Allah, aku akan cuba bantu yang terbaik untuk kakak Ina sekeluarga.

Kami tidak ada pertalian saudara langsung. Aku kenal pon melalui ruangan chating di televisyen. Tetapi, apabila aku tahu masalah yang dia hadapi. Adalah menjadi satu kewajipan untuk aku membantu. Semoga beliau cekal & tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini. Aku juga mendoakan dengan pertolongan yang tak seberapa ini mampu merubah kehidupan beliau sekeluarga. Insya Allah. Mudah-mudahan Allah membantu.

zp8497586rq


Comments are closed.

Welcome , today is Saturday, 03/12/2016